10 Idea Bisnes Segera Untuk Tambah Pendapatan

Nampaknya hari raya sudahpun berlalu. Ada yang masih lagi merayakannya dan ada juga yang dah rasa raya dah abis. Cuma mungkin masih ada lagi undangan rumah-rumah terbuka di sana sini. Pergi rumah kawan-kawan yang masih belum dikunjungi, jiran-jiran terdekat yang ada buat makan-makan tu. Sebab lama sangat balik kampung, jadi dah balik ni, inilah masanya yang sesuai untuk kawan-kawan terdekat untuk beraya bersama korang.

Balik raya, dah tentu banyak duit dah habis dan dah mula la fikirkan kat mana nak cari duit ni. Nak cari duit tambahan daripada bisnes selalunya ramai yang berfikir. Tapi tak tahu nak meniaga apa ye nak tambahkan pendapatan sampingan tu? Modal plak tu taklah banyak sangat sebab lepas raya ni sementara nak tunggu gaji tu mungkin tempoh masanya agak lama. Bagi yang nak tambah duit poket tu mungkin boleh buat beberapa idea bisnes ni.

10 Idea Bisnes Segera Untuk Diamalkan

1.Jual Produk Makanan

-jual produk-produk makanan yang simple dan tidak terlalu berat. Modal pun tak lah besar sangat. Janganlah sampai ambil stok yang banyak. Kalau setakat 10 tu kalau dapat habiskan, korang dah boleh dapat untung sikit kan?

2.Buat Bisnes Air

-sekarang ni ada tempat yang dah mula panas. Cuaca panas memang syok kalau buat bisnes air. Bagi yang nakkan Panduan Bisnes Air, boleh try tengok panduan terbaik ni bagi yang berminat, modal kecil, tapi untungnya boleh tahan.

3.Dropship produk kecantikan

-bagi perempuan, cara ni paling senang..sebab produk kecantikan ni paling senang nak jual dan juga ada pasarannya.

4.Buat Bisnes Affiliate

-bagi yang ada blog atau tidak, boleh juga promosikan affiliate iaitu mempromosikan produk orang lain, dan korang dapat income hasil komisen setiap produk yang terjual. Korang boleh cuba dapat produk untuk dipromosi di Klikjer ataupun di Ashadee.

5.Ambil Upah Lipat Baju

-lepas raya ni dah tentu banyak juga baju yang nak dilipat. Korang buat iklan kat Mudah.my ataupun kat Facebook. Kalau korang surirumah tangga sepenuh masa lagi senang nak buat. Orang hantar kain baju, korang tolong lipat atau iron baju..masyuk tu..

6.Cari Barang di Lelong.com & Jual

10 Idea Bisnes Segera Untuk Diamalkan

-sebenarnya kat Lelong.com, korang boleh cari macam-macam produk yang korang boleh jual balik dengan harga lebih baik. Korang ambil untung dalam RM5.00 – RM10.00 bagi satu barang pun ok kan? Sebab aku pernah buat bisnes ni, cuma aku jual kat macam-macam tempat..syaratnya korang kena la rajin buat survey, nak jual apa?

7.Servis Beli Barang di Ebay/Lelong/AliExpress/Alibaba

-kalau korang ada pengetahuan nak beli barang-barang kat website seperti Ebay.com, AliExpress.com ataupun Alibaba. Mungkin korang dah biasa beli kat website tu, jadi lebih mudah untuk korang berurusan dan orang akan lebih percaya untuk membeli daripada korang bukan? Caj la satu barang RM5-RM10, tapi itu terpulang la kepada korang nak caj berapa..:D

Dapatkan Rahsia Borong Barang China

8.Upah Tulis Artikel di Blog

-Tahu tak, kalau korang ada pengetahuan menulis dalam Bahasa Inggeris, korang boleh buat servis tulis artikel tersebut? Upahnya bergantung kepada caj yang ditentukan. Contohnya kalau korang baca Panduan Buat Duit Fiverr ini, caj paling murah pun USD15.00, pada masa sekarang nilai matawang USD pun dah makin tinggi, jadi apa salahnya korang cuba buat duit dalam USD plak kan?

9.Upah Kemas Rumah

-Ada sebenarnya yang malas nak mengemas rumah, jadi korang kalau ada anak-anak ramai yang boleh jadikan pekerja, korang ambil upah kemas rumah. Servis ni sebenarnya ada, tapi tak ramai yang sanggup buat..:D

10.Hantar Makan Tengah Hari Ke Pejabat

-Korang sediakan menu set, lepas tu hantar untuk makan tengah hari ke pejabat-pejabat. Sebabnya mungkin ada yang dah jemu nak makan di kedai-kedai berhampiran. Kira macam servis mangkuk tingkat la.

Sebenarnya ada banyak lagi idea bisnes yang korang boleh buat untuk tingkatkan pendapatan. Time sesak biasanya orang akan buat apa sahaja cara untuk cari duit. Cuma bergantung kepada kemampuan korang je, sama ada segan atau tak segan je. Kalau segan, memang tak kemana la. Meniaga ni bukan susah mana kalau korang pandai cari barang yang boleh dapat dengan mudah dan senang nak jual. Tak gitu?

Kalau suka, boleh share post ni dan boleh le amalkan kalau korang minat nak buat..surirumah paling senang…banyak ooo boleh buat..:D

Dapatkan Rahsia Borong Barang China

Download Panduan Asas Penternakan Kambing
Teknik Forex Sebenar Dalam Bentuk DVD & Buku

17 Comments

  1. Elih Japahar January 18, 2017
  2. zazazehra August 23, 2015
  3. Pisyek August 23, 2015
    • reez August 23, 2015
  4. Labulabi network August 9, 2015
  5. sabree hussin August 2, 2015
    • reez August 3, 2015
  6. musadun August 1, 2015
  7. Sani July 31, 2015
  8. Noriza Rahman July 30, 2015
  9. myliferia July 29, 2015
  10. Hairul Hissam July 28, 2015
  11. Mohd Shubhi Abdul July 28, 2015
  12. naz July 26, 2015
  13. myrujukan July 24, 2015
  14. emalin mohd July 23, 2015
  15. Anuar July 23, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.