20 Perkara Mengenai Reezluv Yang Korang Tak Tahu

20 Perkara Mengenai Reezluv Yang Korang Tak Tahu…

Beraninya aku buat post ni nak bagi korang baca..kan? Sebenarnya tetiba je terlintas dihati ini nak berkongsi supaya pembaca kenal aku ni siapa orangnya dengan lebih dekat lagi kot. So takde la siapa hairan kot keluar dengan aku, aku jadi macam itu dan begini. Kalau korang rasa berani, cubalah buat 20 Perkara Yang Orang Lain Tak Tahu ni dan buat post khas macam ni ye. Itupun kalau berani la kan..kalau tak berani tu, takde paksaan pun nak buat.

1.Aku Bukan Pencinta Sayur

Pernah aku tulis kalau tak silap. Bukan bermakna aku tak suka langsung sayur ye..tapi tak semua jenis sayur aku makan. Kailan, Carrot, tu aku makan, cuma ada sesetengah seperti Taugeh, Kobis Bunga, Kacang Panjang…antara yang aku banned berada dalam pinggan aku kalau nak order makanan. Kalau jenis lauk cedok sendiri, lagi lah kan..:D

20 perkara tentang reezluv

2.Bekas Penuntut PUO Ipoh dan Cosmopoint Ipoh

Yup, aku merupakan bekas graduan Sijil Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar dan juga Diploma Multimedia Komunikasi di Cosmopoint Ipoh.

3.Mula Blogging Sejak 2006

Blogging sebab Adsense je masa ni.Punya la banyak ebook pasal Adsense baca masa ni. Takde langsung pun terfikir untuk jadi Top Affiliate Klikjer pun masa ni..

4.Part Time Wedding Photographer

Macam yang korang sendiri tahu atau mungkin tak tahu, boleh katakan setiap bulan sibuk dengan kerja tangkap gambar orang kahwin.

5. Jarang Sangat Marah Orang

Jarang sekali aku marah, kalau marah pun mungkin tengok perangai orang kat jalan raya..emosi sungguh.

6.Laptop Aku Takde Game

Ini memang betul..sejak aku terlibat dengan graphic design, memang tak main game, Dota ke, ape ke..memang tak.

7.Tak Minat Bola Sepak

Game yang aku minat cuma Memanah dan Hoki sahaja..atau kalau sukan besar macam Olimpik, suka tengok Olahraga je..

8. Suka Gadis Pakai Spek Mata

Tadi masa blogwalking, terjumpa plak blog cikgu sorang ni..muka depan punya besar..comelnyaaa…pakai spek..mudah cair gak aku tengok pompuan pakai spek ni..:P

9.Pernah Menjadi Penjual Di Ebay

Pernah test selama setahun menjual di Ebay, tapi tak lama disebabkan tiada masa dan kelapangan untuk buat walaupun memang boleh dapat RM2000-RM3000 sebulan dengan Ebay.

10.Kerja Kerajaan

Ye, aku berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia di JPN Perak. Tapi bukan cikgu..macam mamat cendol.

11.Sila Jauhkan Penipu

Semua orang tak suka penipu, tapi ada gak yang pandai, tapi biasanya orang yang suka menipu ni aku tahu sendiri dia tipu.Memang aku tak dekat dah orang camni.

12.Pernah Jadi Freelance Graphic Designer Online

Pernah buat job freelance graphic design di Wangcyber.Design Logo,Ecover,Banner,Header, Minisite dan memacam lagi. Selalunya lepak kat Wangcyber dan Digitalpoint Forum.

13.Belajar Pasal Saham

Masih lagi belajar dalam urusniaga jual beli saham dan juga Forex melalui buku-buku dan blog-blog.

14.Tak Suka Sangat Belajar Teknikal SEO

Aku tak berapa suka sangat nak belajar secara amat mendalam dan bercakap secara mendalam untuk SEO Blog, sebabnya boleh buat aku pening dengan memacam jargon yang tah apa apa..:P Teknik SEO Merah Jambu tu, nasib la simple dan mudah nak faham.

15.First Time Dapat Komisen Affiliate Tak Dijangka

Serius memang aku cukup terkejut denga impak yang aku dapat hasil pertapaan aku dengan Ebook Teknik SEO Merah Jambu tu…fuh

16.Sudah Jadi Suami

Kalau ada sesape terasa tergoda ngan gambar aku, mohon jangan masuk meminang..gua takde la sweet macam AbangEnsem mahupun Broframestone tu..

17.Tinggal Di Ipoh

Menetap di Ipoh buat masa ni, kot ada sesape nak belanja gua kalau turun Ipoh, silalah contact kalau nak gua bawak jejalan sana sini..:D

18.Pengguna Handphone Jenama Lenovo

Aku merupakan pengguna Lenovo setelah handphone Samsung aku tu cepat sangat makan baterinya

19.Bekas Atlet Memanah

Ye, dulu aku jadi Robin Hood negeri Perak sekejap, rasa nak start balik tu ada, tapi masa dan modal je yang takde.

20.Admin Blogger Perak

Aku merupakan salah sorang Admin di Group Facebook Blogger Perak..lama betul tak buat aktiviti..group tu pun senyap je..ahaha

Fuh..lama juga aku nak siapkan entri ni..taktau la korang ada minat nak buat macam ni gak. Siapalah penulis blog kalau pembacanya tak kenal ye tak kan? Korang plak macam mana? Cecite sikit..hehe

Kisah Guru Tampar Murid
Tempatan Fest Ipoh 2014 Best Ke?

18 Comments

  1. luthfi September 23, 2014
  2. Hafizul September 16, 2014
  3. Ezad Skytech September 16, 2014
  4. sabree hussin September 14, 2014
  5. Uncle Zuan September 14, 2014
  6. Manan Qayyim September 13, 2014
  7. zool September 12, 2014
  8. SaniYunus September 11, 2014
  9. Pisyek September 11, 2014
  10. hazman aka species1980 September 11, 2014
    • reez September 11, 2014
  11. Hairul Azni September 11, 2014
  12. wawa September 11, 2014
  13. muhammad fakhruddin September 10, 2014
  14. Bahrain September 10, 2014
  15. titan September 10, 2014
  16. Farisya Anastasyia September 10, 2014
    • reez September 10, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.