Apa Harapan Bajet 2014?

Bajet 2014 akan diumumkan secara langsung menerusi media perdana bermula pada 25 Oktober 2013 nanti dan sudah tentunya ramai yang menunggu akan pelbagai berita dan info menarik daripada Perdana Menteri Malaysia kita yang merupakan selaku Menteri Kewangan 1 di kabinet.

Bajet 2014

Aku selaku penjawat awam sudah tentunya mahu dengar sesuatu yang baik dari PM kita yang mana akan menguntungkan penjawat awam dan juga rakyat Malaysia umumnya. Bukan semua pun kerja kerajaan kan? So mungkin ramai juga yang kata untung kerja dengan kerajaan..walau apa pun, bersyukur kita dengan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah kepada kita.

Apa harapan aku untuk Bajet 2014 ni?

1.Diharapkan kerajaan akan menyelaraskan elaun perumahan bagi setiap penjawat awam. Memang tak logik kalau elaun perumahan tu lagi kecil nilainya dari nilai semasa. Mana nak cari sewa rumah dibawah RM250? Ada ke? Mungkin bagi gred 41 dan ke atas takde masalah..tapi bagi yang dibawah?

2.Kadar harga rumah tidak membebankan. Boleh katakan, tak semua penjawat awam yang baru berkhidmat 2-3 tahun boleh beli rumah kalau takde simpanan. Rumah baru jauh sekali, mungkin dengan rumah terpakai boleh dibeli tetapi kalau rumah baru macam mana agaknya ye? Kerja kerajaan amat femes dengan berhutang, oleh sebab itulah orang kerja kerajaan senang nak berhutang dan ramai yang buat kerja part time untuk menambah pendapatan sedia ada.

3.Kawalan harga barang secara menyeluruh dan lebih baik. Setakat ni aku tengok macam kawalan tu takde..kerajaan hanya ikut flow harga barang naik..tetapi inisiatif nak turunkan harga macam tak nampak disitu. Kalau dulu teh tarik boleh dapat RM1.00 segelas..sekarang tak tahu la mungkin lebih lagi kot. Harga roti canai pun naik selepas kenaikan harga minyak..minyak naik 20 sen, harga roti canai jadi RM1.00, sebelum tu 80 sen sahaja…tak tahu mana rasionalnya kenaikan itu berlaku.

4.Pemberian bonus kakitangan awam bagi Bajet 2014 ni mungkin ramai yang menantikannya. Aku dapat agak, kerajaan akan bagi macam biasa..1 setengah bulan gaji katanya dan minimum adalah RM500.Pembahagian tidak akan dilakukan secara terus, tetapi berperingkat. Itu sudah biasa..dan mungkin ada, atau mungkin tiada bonus pada tahun ini.

5.Pemberian lebih perhatian kepada bidang ICT dan juga online bisnes. Kalau nak diikutkan kerajaan macam kurang percaya sangat dengan kelebihan Blogger, Online Marketer ni. Turunkan juga rate Pos di Malaysia. Tak hairan kawan-kawan Ebayer aku beralih ke Pos Thailand untuk berurusan seharian, itu pun disebabkan dia dekat dengan sempadan. Tak ke merugikan tu? Seharusnya kerajaan alert..tengok la Ebay dan Paypal berani untuk membuka ibu pejabatnya di Malaysia..salah satu sebab, meningkatnya para peniaga online di Malaysia dan juga Ebayer di Malaysia ni tak kira la sebagai penjual atau pembeli.

Rasanya itu je kot harapan aku untuk Bajet 2014 ni dan kompem ramai yang tunggu PM kita cakap ada bonus ke tak dan confirm ofis aku akan pasang TV sampai balik dan juga ramai yang balik lambat sebab nak tahu info ada bonus ke tak?haha…erm..takpe..Buletin Utama ada siarkan ada ke tidak..

So korang plak macam mana agaknya?

Download Ebook Percuma Forex - Teknik Forex Sebenar
Cara Kira Kadar Tol PLUS

9 Comments

  1. blogger lelaki October 26, 2013
  2. puteri kasih October 25, 2013
    • reez October 25, 2013
  3. Denaihati October 25, 2013
  4. Bahrain October 25, 2013
  5. Fadhil Husin October 24, 2013
  6. akubiomed October 24, 2013
  7. Khairul Zamri October 24, 2013
    • reez October 24, 2013

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Perabot Murah Dari China

Bagaimana Anda Boleh JIMAT PULUHAN RIBU RINGGIT Dengan Membeli PERABOT & KELENGKAPAN RUMAH Secara TERUS DARI CHINA!!

Masukkan nama dan alamat emel anda untuk anda mengetahuinya dengan lebih lanjut.
We respect your privacy.