Baju Melayu – Apa Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Baju Melayu merupakan pakaian tradisional kebangsaan bagi bangsa Melayu.

Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang) dan seluar panjang serta dilengkapi dengan samping dan songkok.

Baju Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian adat.

Baju Melayu - Apa Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Info : Wikipedia

Memang banyak lagi perkara tentang Baju Melayu yang mungkin korang tak tahu. Baju Melayu sering juga dijadikan ‘mangsa fesyen’ yang bagi aku harus dikekalkan sahaja keasliannya.

Apakah antara perkara yang korang mungkin tak tahu tentang Baju Melayu? Berikut merupakan antara info menarik yang mungkin seronok untuk dibaca:

  1. Baju Melayu bukan sahaja dipakai di Malaysia, tetapi dipakai di negara Brunei dan juga Singapura dimana disana juga adanya orang-orang Melayu.
  2. Baju Melayu hitam dan bersongket hitam merupakan pakaian rasmi untuk istiadat dan juga untuk Hari Keputeraaan Yang DiPertuan Agong.
  3. Pakaian lengkap berbaju Melayu telah dititahkan oleh Sultan Muhammad Shah, Melaka untuk dipakai oleh orang-orang Melayu pada masa itu dan tidak dibenarkan memakai seperti orang Arab atau Cina.
  4. Pakaian untuk ke masjid haruslah memakai sepersalinan lengkap dengan tanjak juga wangi-wangian.

    Baju Melayu - Apa Yang Anda Mungkin Tak Tahu

    Sumber: Jakel.my

  5. Baju Melayu ‘teluk belanga’ merupakan yang pertama sekali dicipta berbanding ‘cekak musang’ yang hanya dipakai oleh golongan diraja.
  6. Asal Baju Melayu adalah berlengan pendek. Selepas tahun 1699 barulah baju Melayu berlengan panjang sehingga ke pangkal lengan dan seluarnya sehingga paras buku lali.
  7. Almarhum Sultan Abu Bakar menetapkan bahawa pemakaian songkok dipakai bersama-sama Baju Melayu dan selepas itu diangkat menjadi pakaian Melayu Johor.
  8. Sepatu yang bertekat dengan manik atau kita gelar ‘capal’ digayakan bersama dengan pakaian Baju Melayu.
  9. Pemakaian tanjak merupakan untuk golongan yang mempunyai darjat dan pangkat masing-masing mengikut jenis kain, ikatan dan cara lipatan.
  10. Ekor tanjak perlu disimpan untuk rakyat biasa kecuali bagi golongan diraja dan juga Laksamana.
  11. Samping merupakan pakaian yang wajib di dalam istana.
  12. Baju Melayu cekak musang tiga, lima butir kancing. Tujuh butir kancing biasanya dipakai oleh golongan diraja.

Jadi itu merupakan antara info yang mungkin korang tak tahu tentang Baju Melayu. Walaupun terdapat pelbagai rekaan Baju Melayu yang ada sekarang. Namun peliharalah keasliannya supaya kekal sepanjang zaman.

Siapa lagi nak pelihara adat dan budaya kita kalau bukan kita sendiri bukan? Jangan cemarkan dengan hanya berlandaskan prinsip Fesyen semata-mata.

Jika korang lihat sendiri, pakaian Baju Melayu ini diangkat darjatnya sehingga menjadi pakaian rasmi di dalam istana dan dipakai megah di kalangan golongan diraja.

Bak kata-kata indah pantun Melayu

Baju Melayu kancing suasa

Tenunan indah mahal sekali

Kacak dipakai di Hari Raya

Lambang Budaya terserlah pekerti

Kan nampak kacak dan bergaya kalau dipakai lengkap bersongkok. Pakai Baju Melayu ni menunjukkan pekerti si pemakai juga. Jadi pakailah dengan tertib dan sopan supaya terserlah pekerti.

p.s : Baju raya aku tahun ni warna Hijau Emerald…korang pula? 😀

Menang Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
Pengalaman Menggunakan Easybook Booking Tiket ETS Secara Online

10 Comments

  1. Ikhwan July 12, 2017
  2. sabree hussin July 10, 2017
  3. titan July 4, 2017
    • reez July 6, 2017
  4. raihanah July 3, 2017
  5. nikkhazami July 1, 2017
  6. Datin Tyka June 27, 2017
  7. Hafiszan Kamarudin June 21, 2017
    • reez June 22, 2017
  8. siti hazreen June 21, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.