Barang Order Dari AliExpress Dah Sampai

Ingat tak korang yang aku pernah order barang dari AliExpress pada post sebelum ni? Baru pagi tadi barang tu sampai kat aku. Memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi kalau nak order kat AliExpress ni. Kepada sesiapa yang tak sanggup tunggu lama sangat tu, elok korang pergi sendiri ke sana dan borong barang tersebut. Ini saje je aku nak test beli, sebab tak pernah lagi order dari AliExpress.

barang-AliExpress-dah-sampai

Dalam post aku sebelum ni aku ada cakap, barang ni aku nak try untuk pasarkan. Tapi aku rasa aku kena batalkan niat aku sebabnya nak tunggu barang tu sampai tu satu hal lagi punya la lama. Juga aku rasa aku rasa macam tertipu plak dengan description yang diberikan dalam tu. Katanya dalam tu 1 lot 9pcs, jadi aku konfiden la dapat dalat 9 ketul barang ni dan untuk buat test dibuat jualan..Sekali..barangnya memang sampai…aku terkejut sebab dapat satu je…eh?

Pakej Lengkap Cara Borong Dari China

Aku tengok balik description..memang 1 pcs je ditulis dalam shopping cart aku tu. Bila aku baca balik, 9 pcs yang dimaksudkan adalah barang dalam tu…ciss..mengelirukan sungguh description dia sampai aku rasa macam tertipu walau sebenarnya itu salah aku juga tak tanya dulu kat supplier tersebut. Nasib la barang ni cuma USD10.00 je aku beli termasuk shipping, kira-kira RM32++ la. Nak kata rugi tu rasa macam tak lah..sebab produk ni aku boleh guna sendiri..Senang nak bawak masa travel nanti. Kot masa kat hotel, boleh le buang kuku yang panjang tu untuk pergi ke SBB2014 ni kan.

barang-AliExpress-dah-sampai2

barang-AliExpress-dah-sampai2

Ralat juga rasanya walaupun aku boleh je open dispute untuk produk ni. Tapi disebabkan produk ni kualitinya baik aku tengok, takpelah, aku release je payment tu dan aku hanya tinggalkan feedback yang tak best je..:D

Untuk pengetahuan korang, kalau item korang tu tak seperti yang digambarkan, atau korang tak dapat langsung dalam tempoh korang layak untuk mendapat perlindungan dari AliExpress, korang boleh sekat atau open dispute, dan korang boleh terima balik duit tu. Dalam kes aku ni, aku tak open dispute, aku release je. Produk dapat dan kualiti pun baik, cuma bagi aku shipping dengan product description tu memang keliru….huh..teruja hilang nak jual menatang ni..ahaha..

Korang nak try? Silakan..takde halnya..Oh ye..barang ni aku pun tak perasan tadi adakah Pos Malaysia yang hantar, aku rasa memang Pos Malaysia kot, dan barang macam ni biasanya akan ada cop Kastam KLIA…dah check le tu..:D

Kisah Aku Dan Kereta
Meriahkan Majlis Dengan Pemberian TShirt Percuma

28 Comments

  1. tyqahanafi October 12, 2017
    • reez October 12, 2017
  2. Wilson January 5, 2017
  3. Mohdfitri October 11, 2016
    • reez October 11, 2016
  4. Remy September 4, 2016
    • reez September 5, 2016
  5. MUHAMMAD YUSRY HAZRIQ BIN NORAZLAN January 4, 2016
    • reez January 4, 2016
      • Jerry Raymond June 30, 2016
        • reez June 30, 2016
  6. Nadhrah_Ara January 4, 2015
    • reez January 4, 2015
  7. shikin December 17, 2014
    • reez December 17, 2014
      • shikin December 17, 2014
        • reez December 17, 2014
  8. adnan March 13, 2014
  9. adnan March 13, 2014
    • reez March 13, 2014
  10. Hakim Mahmud March 9, 2014
  11. SeriusBlogger March 8, 2014
    • reez March 9, 2014
      • SeriusBlogger March 10, 2014
        • reez March 10, 2014
  12. titan March 5, 2014
    • reez March 5, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.