Belajar Atau Nak Kerja Terus Lepas SPM?

Keputusan SPM baru sahaja diumumkan pada hari ini iaitu 16 Mac 2017. Kepada mereka yang dah dapat keputusan cemerlang tu, alhamdulillah semoga hasrat untuk ke menara gading dan mencapai cita-cita tu tercapai hendaknya.

Bagi yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang, jangan risau sebab banyak peluang lain lagi ada untuk masa depan korang tu. Kalau gagal sekalipun ada banyak peluang lain dan kalau dah rezeki korang, takkan kemana. Cuma koranglah yang menentukan kemana arah tuju selepas ini.

Belajar Atau Nak Kerja Terus Lepas SPM

Belajar atau Kerja?

Memang dilema bagi ramai yang dah mula kerja part time di supermarket-supermarket atau di kedai-kedai makanan segera. Biasalah kan,itu merupakan tempat utama lepasan SPM nak cari kerja part time. Ada yang fikir tak nak sambung belajar sebab dah selesa bekerja.

Bagi yang masih berfikir tu, mungkin boleh baca sedikit nasihat untuk korang yang rasa tak nak belajar dah…

Kenapa Kena Sambung Belajar?

  1. Dapat ilmu baru di tempat yang baru.
  2. Kenal lagi ramai kenalan berbanding sekarang.
  3. Silap-silap dapat temu jodoh yang setanding Erra Fazira kalau korang sambung belajar.
  4. Dapat meningkatkan lagi potensi diri dari segi komunikasi dan banyak lagi.
  5. Belajar untuk bergerak dalam kumpulan belajar.
  6. Aktiviti lebih terbuka.

Sebenarnya semasa korang sambung belajar, banyak lagi perkara yang korang boleh dapat selain ilmu mata pelajaran yang telah diambil tu. Korang kalau minat bisnes, peluang untuk buat bisnes semasa student adalah sangat cerah.

Contohnya bisnes paling mudah dan popular adalah Bisnes Burger. Semasa FREE dan ada kelapangan, korang boleh buat bisnes burger ini dengan jayanya.

Memang tak dinafikan lagi, burger yang sedap memang menjadi makanan ruji student-student kat luar sana tu. Makan pula tak kira masa, ada yang makan dari pagi sampai ke malam..murah punya pasal..:P

Lagi menarik kalau korang boleh buat servis delivery burger ke hostel-hostel. Kira macam servis runner la juga kan. Kalau nak dapatkan cara nak buat bisnes burger dan nak dapatkan resepi burger sedap, boleh dapatkan Panduan Bisnes Burger Terbaik ini.

Bagi yang perempuan, takkan nak buat bisnes burger kan?

Kalau perempuan yang suka meniaga online tu, boleh aku cadangkan kepada korang supaya try buat bisnes yang baru. Ini tak habis jual tudung, kosmetik, baju..

Apa kata bagi yang nak duit lebih semasa belajar ni, boleh cuba beli barang borong dari China dan mulakan bisnes secara part time. Modal RM500.00 je dah boleh start dah dapat untung berganda-ganda.

Download RahsiaTaobao ini dan mungkin boleh dapatkan coaching secara one to one dengan Nigel sendiri sebabnya ramai anak murid beliau yang dah berjaya beli barang dari China ni secara borong dan jual di Facebook dengan keuntungan yang lumayan!

Banyak lagi sebenarnya masa korang boleh luangkan untuk buat bisnes secara part time ni. Kalau rajin untuk buat assignment dan korang ada skill-skill tertentu seperti programming ke, grafik design ke boleh buat servis di Fiverr pulak.

Ada juga banyak servis lain yang mungkin korang expert seperti rakam video ke, buat montaj ke atau apa sahaja yang mungkin korang sahaja yang tahu. Panduan Fiverr boleh guide korang step by step untuk berjaya dengan servis di Fiverr nanti.

Cuba bayangkan kalau korang kerja…..

Memang susah korang nak dapatkan masa untuk buat bisnes. Balik kadang-kadang tu dah malam, badan pun penat. Gaji mungkin lebih kalau korang ada buat overtime.

Kalau nak kerja lumayan sikit, boleh cari kerja di Singapura. Matawang Singapore pun dah makin mahal. Tapi kena la pastikan kerja yang korang cari tu benar-benar ada.

Jangan sampai kena tipu oleh ejen-ejen yang memang nak mencari peluang.

Mungkin Panduan Kerja Singapura ini boleh tolong korang yang mencari kerja di Singapura supaya tidak mudah tertipu dengan sindiket-sindiket yang menjerat ramai orang. Kata kerja gaji best, tapi semuanya hampeh!

Kalau sambung belajar, boleh apply kerja yang best-best sikit dan duit hasil bisnes part time tu boleh cover sikit untuk belajar ke level yang lebih tinggi ataupun simpan untuk duit kahwin..:D

Tapi masing-masing ada pro dan kontranya juga..kalau korang terpaksa bekerja demi untuk menyara keluarga, utamakan mana yang utama dahulu. Mungkin rezeki untuk korang ada di tempat lain.

Jadi buatlah bisnes tak kira sama ada korang bekerja ataupun belajar kerana tak rugi pun kalau buat bisnes. Buat bisnes sampai untung tau!

Boleh sharekan kepada kawan-kawan korang yang mungkin masih enjoy lagi tu..haha

Limited Storage Akaun Google Anda
Tips Elak Singki Tersumbat

4 Comments

  1. Wan Syahida March 22, 2017
  2. nikkhazami March 20, 2017
  3. dedauncomel.com March 16, 2017
    • reez March 16, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.