Belajar Memanah Di Ipoh

Sukan memanah nampaknya sudah mulai mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Apa yang membuatkan sukan ini kurang popular, mungkin kerana kekurangan pengetahuan tentang sukan ini disebabkan ianya mungkin agak teknikal berbanding sukan-sukan lain.

Belajar memanah ni sebenarnya tak susah mana. Ianya memerlukan latihan yang kerap untuk memahirkan diri dalam sukan memanah. Lagi kerap latihan, maka lagi mudah untuk menguasai sukan ini.

Di Malaysia sendiri terdapat dua kategori sukan memanah iaitu:

  1. Sukan Memanah Moden
  2. Sukan Memanah Tradisional

Sukan Memanah Moden

Belajar Memanah Di Ipoh

Boleh tengok gambar di atas untuk ketahui bagaimanakah sukan memanah moden. Kalau nak diceritakan tentang sukan memanah moden, ianya dimainkan sehingga peringkat Olimpik dan merupakan salah satu sukan wajib bagi Sukan Olimpik.

Harganya boleh dikatakan agak mahal berbanding memanah tradisional.

Sukan Memanah Tradisional

Memanah Tradisional

Sukan memanah tradisional nampaknya sudah semakin popular. Salah satu sebabnya mungkin alatnya yang mudah didapati dan murah. Ianya juga mudah dimainkan berbanding memanah moden yang memerlukan pengetahuan teknikal yang agak tinggi.

Ada banyak alat yang mampu milik dan boleh dimainkan oleh semua peringkat umur dengan mudah. Sukan memanah tradisional belum lagi dimasukkan ke dalam salah satu sukan wajib di Olimpik.

Ok, mungkin sedikit pengenalan tentang sukan memanah, sekarang ni mungkin bagi korang yang berminat untuk memanah dan mungkin tak tahu kat mana nak cari, boleh baca sampai habis ye..

Belajar Memanah Di Ipoh

Jika ada antara korang yang serius untuk belajar memanah, mungkin nak bawa anak-anak belajar sukan memanah ini, bolehlah datang ke D’Mara Archery Range di Taman Meru, Ipoh bersebelahan dengan Kilang Carsem.

Untuk maklumat lanjut korang boleh klik pada link facebook page mereka supaya mudah untuk korang dapatkan lokasi sebenar.

Korang boleh tengok sendiri ramai yang dah cuba untuk memanah dan beli sendiri alat supaya mudah untuk memanah pada bila-bila masa di samping mendapat tunjuk ajar daripada coach-coach yang ada di situ.

Kepada yang baru nak kenal dengan memanah, boleh tonton video-video di bawah ini untuk ketahui secara kasar dengan sukan memanah.

Klik untuk tonton Archery 360

Ada banyak lagi cerita nanti dalam sukan memanah aku akan cuba kongsikan kepada korang minat untuk serius dalam sukan memanah ni. Jangan lupa untuk bookmark blog ini ye untuk ketahui lagi banyak cerita menarik tentang sukan memanah.

Bagi mereka yang nak personal coaching untuk latihan memanah, boleh contact melalui contact form yang sudah disediakan. Insyallah aku akan cuba yang terbaik untuk memperkenalkan sukan memanah kepada korang yang berminat.

Kembali Aktif Memanah?
Selamat Berjaya Pasukan Memanah Perak ke SUKMA 2016

12 Comments

  1. LISAK March 18, 2017
    • reez March 18, 2017
  2. nikkhazami March 18, 2017
    • reez March 18, 2017
  3. RAIHANAH AHMAD March 17, 2017
  4. Wan Syahida March 16, 2017
  5. Uncle Zuan March 13, 2017
  6. Elih Japahar March 12, 2017
    • reez March 13, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.