Beli Borong Online Dari China

Ramai yang masih takut ataupun masih tak tahu cara yang betul nak beli borong secara online. Akibatnya mereka tidak dapat bersaing dengan penjual-penjual yang dapat harga yang jauh lebih murah daripada supplier-supplier yang mereka kenal sebelum ini. Atau paling teruk, berhabis duit pergi ke China sendiri untuk beli borong barang untuk dijual, tak kira sama ada beli kain nak buat tudung ke, cari supplier kasut murah kat China, cari supplier beg tangan murah kat sana….

Rahsia Borong Barang Dari China

Penjual Yang Bijak Borong Barang Secara Online

Beli Borong Online Dari China

Kalau korang merupakan seorang penjual yang bijak, untuk mengurangkan kos tiket kapal terbang pergi ke China, korang boleh juga beli barang borong dari China secara online di website Taobao. Website ini menyediakan pelbagai jenis barangan untuk korang pilih dan beli secara pukal untuk dijual di tempat korang.

Antara tempat paling popular sekali korang boleh jual adalah di Mudah.my, Lelong.my, Facebook, Instagram, Etsy dan juga Ebay. Dulu memang aku pernah menjual di Ebay…hampir setahun juga aku concentrate nak jual barang di Ebay..memang susah kalau korang tak dapat supplier yang murah untuk jual barang di sana kerana kebanyakan daripada penjual besar di sana adalah dari negara China sendiri, jadi peluang korang nak bersaing dalam niche yang sama mungkin tipis.

Barang Mana Satu Laku Dijual?

Kalau korang perhatikan barang-barang yang dijual di Taobao.com tu, ada banyak.Mungkin lebih 1000 jenis item yang korang boleh beli. Tapi barang mana satukah yang boleh dijual? Sini aku bagi sedikit tips untuk korang yang nak jual barang secara online, terutamanya di Facebook ataupun Instagram..

Rahsia Borong Barang Dari China

1.Jual Barang Ikut Trend

-cara nak tahu trend barang yang laku sekarang adalah dengan cara korang buat research. Kalau di Ebay, memang ada websitenya korang boleh tahu barang apa yang banyak sekali dicari di Ebay, tapi kat Malaysia ni, korang boleh gunakan website Lelong.my

-pergi ke mana-mana kategori ataupun korang boleh tengok sendiri di ruangan hadapan featured list ataupun di ruangan Best Seller Item. Di situ secara tidak langsung korang boleh nampak sendiri apakah barangan yang sedang trend sekarang.

-jika trend tersebut dah lama, dan korang boleh nampak dimana-mana, rasanya elok korang abaikan je..contoh paling jelas sekali adalah ‘monopod’…dulu memang menggila sungguh sales orang yang jual monopod..tak kiralah di Facebook ke, di Mudah atau dimana sahaja..memang laku keras produk ni, tapi sekarang trend tersebut sudah berlalu.

Rahsia Borong Barang Dari China

2.Jual Barang Ikut Keperluan Semasa

-Barangan jenis ni korang susah sikit nak jual. Sebabnya korang kena pastikan orang kenal barang tu dan ada pengetahuan tentang barang tersebut. Ada banyak barang yang boleh dijual dan sentiasa mendapat permintaan adalah casing handphone,kabel charger dan macam-macam lagi. Produk-produk macam ni mungkin ramai yang jual, tapi kalau korang ada pengaruh yang besar di Facebook, peluang adalah lebih cerah untuk laris.

Tak Tahu Lagi Kat Mana Nak Beli Borong Online Dari China?

Jawapannya korang boleh dapatkan RahsiaTaobao ini dan amalkan panduan yang sangat berharga dalam tu. Sebabnya semuanya telah lengkap, daripada cara nak bayar, sampai nak cari barang yang laku keras pun ada ditunjukkan dalam RahsiaTaobao ni.

Rahsia Borong Barang Dari China

Cara Buat Duit Dengan Bisnes Banner
Lelaki Ini Rugi RM6000 Sebab Tak Tahu Cara Ternak Kambing

15 Comments

  1. Mawar Melati September 9, 2015
  2. encikarman July 24, 2015
  3. AUC May 26, 2015
  4. imah May 18, 2015
  5. Travelog Siti May 17, 2015
    • reez May 17, 2015
  6. Budak Nakal May 15, 2015
  7. Akak Vitamin May 13, 2015
  8. reez May 11, 2015
  9. Azzahairi May 11, 2015
  10. muliani May 10, 2015
  11. titan May 10, 2015
  12. myrujukan May 9, 2015
  13. Azam Mohamad May 9, 2015
  14. mrhanafi May 9, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.