Blogger Perlu Ke Invois?

Dunia blogging ni terlalu luas untuk diambil kira. Bolehlah dikecilkan lagi skop tu kepada blogger di Malaysia sahaja. Tapi tajuk kali ni, bukan hanya penting untuk blogger di Malaysia..tapi diseluruh dunia sekalipun. Sebab ianya amat penting sekali bagi mereka yang ingin rekod transaksi bagi segala aktiviti blogging mereka yang melibatkan pembayaran daripada Advertiser.

Invois Template

Perlu ke blogger keluarkan Invois?

Invois, kalau korang tak tahu merupakan satu dokumen yang perlu korang submit kepada sesebuah agensi atau syarikat yang mana invois ini merupakan dokumen dimana segala detail mengenai bayaran tersebut dinyatakan dengan jelas. Biasanya ada di dalam sesebuah invois adalah seperti berikut:

1.Nama dan alamat agensi membayar

2.Nama dan alamat korang iaitu Payee Name

3.Keterangan servis/barang dan lain-lain

4.No Akaun/ Cara Pembayaran – Cek/Bank Transfer (perlu dinyatakan dengan jelas…) – kalau korang tulis cek sahaja di situ..korang juga naya sebab payment dapat lambat. Tapi kalau depa kasi cek juga..takpe..dapat juga duit..:D cuma lambat sikit je la kan.

 Kenapa Blogger Kena Ada Invois?

Untuk transaksi dalam negara sahaja, korang boleh juga menggunakan Paypal Invois, sebab sekarang Paypal dah support, tapi kalau korang taknak, korang boleh gunakan template di web invois template ini, atau di sini untuk download template invois yang free. Isikan segala detail, kemudian, korang Save dokumen tersebut dalam bentuk PDF file, yang mana kalau korang tak download lagi plugin untuk Save As PDF di Microsoft Office korang, boleh Google untuk download. Kejap je, tak susah mana.

Invois ini bukan perlu sebenarnya..kalau korang rasa leceh sangat, buat je sendiri kat Microsoft Word tu kalau malas sangat nak download. Aku baru je submit invois ke salah sebuah company yang request untuk Editorial Post di blog ni. Pada mulanya company tersebut nak bagi voucher sahaja, tapi aku tolak, dan aku request untuk cash, dan company tersebut request Invois daripada aku dan katanya akan diproses pada hari ni. Tak kisahlah, job tu pun aku belum buat lagi postnya..Dah bank in, baru aku buat.Itu biasanya yang aku buat bagi sponsor post selama ini di blog niche lain.

Apabila korang menggunakan invois dalam transaksi korang, advertiser akan pandang korang lebih tinggi sedikit. Mungkin dari segi kredibiliti korang sebagai Media tu akan lebih terserlah. Dengan Advertiser ni korang jangan kesian sangat..jangan anggap beri peluang kepada advertiser supaya banyak lagi job akan masuk…seperti yang aku pernah cakap sebelum ni, advertiser sentiasa ada duit untuk buat advertising..so korang jangan la kata depa ni takde duit..cuma besar atau kecil tu, mereka sendiri yang tahu…korang sebagai blogger yang  ke arah professional juga harus sedar perkara ini..Blog korang adalah aset dan juga berfungsi sebagai penyebar maklumat di Malaysia..jadi sebagai media..layak rasanya korang dibayar dengan jumlah amaun yang sepatutnya bukan? 😀

Nak guna ke tak template yang aku bagi ni, terpulang sebabnya itu cara korang untuk berinteraksi dengan advertiser…Kalau buat gini, adakah menyusahkan advertiser? Peluang untuk korang dapatkan payment yang lebih tinggi lebih cerah juga sebenarnya….Tapi sebelum tu, korang dah register SSM ke belum untuk blog korang? Haa….kang tak bayar cukai,dituduh pengkhianat plak kan? hehee..

Tiga Berita Gembira Dalam Satu Hari
Blogger Adalah Media - Pesanan Kepada Advertiser

4 Comments

  1. Neu November 25, 2013
    • reez November 25, 2013
  2. titan November 25, 2013
    • reez November 25, 2013

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.