Buat Duit Dengan Kamera

Buat Duit Dengan Kamera. Asal ada kamera ramai orang boleh buat duit. Tapi skeptikalnya orang Malaysia kita, kalau topik Buat Duit Dengan Fotografi atau kamera ni mesti semua orang akan fikirkan Fotografi Perkahwinan. Betul tak? Sebabnya mungkin fotografi perkahwinan amat popular dan mungkin boleh buat duit dengan banyak sekali. Apa taknya kan, sekali job wedding, ada sampai RM3,000.00 hingga RM5,000.00. Kalau sebulan ada 4-5 job, dah dekat RM30,000.00 sebulan..tak ke boleh kaya gitu?

Buat Duit Dengan Kamera

Rugi rasanya kalau ada kamera, kita tidak gunakan dengan baik dan akhirnya berhabuk sahaja di dalam beg kamera. Kononnya masa nak beli kamera tu untuk tangkap gambar famili, tapi cuma beberapa kali je tangkap. Kononnya lagi sebab kamera jenis DSLR yang dibeli tu gambarnya cantik dan sharp. Tapi selepas beberapa bulan, kamera tu pun berhabuk…memang rugi.

Cara Buat Duit Dengan Kamera

Tahu tak korang, walaupun korang tiada kamera DSLR, korang masih lagi boleh buat duit dengan kamera. Kelebihan kepada kamera DSLR adalah disebabkan daya tahan dan kelajuan shutternya. Tetapi ada juga kamera kompak yang mampu mencapai tahap kualiti gambar setanding kamera jenis DSLR.

Untuk buat duit dengan kamera, korang haruslah faham asas-asas fotografi. Apa itu shutter speed, Aperture, ISO, White Balance, Composition..semua perkara asas ni memang penting untuk mendapatkan gambar yang baik dan cantik. Contohnya kalau kita ambil salah satu asas mengenai komposisi gambar. Komposisi gambar untuk gambar passport dan gambar fotografi perkahwinan sudah tentu berbeza. Masing-masing mempunyai peraturannya yang tersendiri.

Salah satu cabang menarik untuk buat duit dengan kamera adalah mengambil upah tangkap gambar passport. Ini adalah amat mudah sekali dibuat kerana tidak memerlukan kos yang tinggi untuk setup. Kos kalau korang ambil gambar passport di kedai, ada yang caj sehingga RM8.00 untuk 4 keping gambar…betul tak? Dengan teknologi digital sekarang ni segalanya mudah. Sebagai contoh, mungkin korang semua boleh contohi Cikgu Naman yang ada buat servis print gambar passport dengan harga yang amat berpatutan. Tengok sajalah keuntungan yang dibuat beliau..menarik kan?

Cikgu Naman mengambil inisiatif untuk buat servis print gambar saiz passport, tetapi kalau korang boleh setup satu mini studio yang ringkas, korang boleh hasilkan gambar passport hanya dari rumah sahaja. Boleh buka banner iklan dan rumah korang boleh jadi kedai gambar mini khas untuk tangkap gambar passport.

Macam Mana Nak Tahu Saiz Gambar Passport?

Kalau zaman sekarang korang masih lagi bertanya dan tidak menggunakan teknologi dihujung jari, rasanya korang bukan tinggal di kawasan yang mempunyai capaian internet. Dunia dah makin canggih, korang boleh google je semua size tu. Kalau malas sangat..kat bawah ni aku sertakan saiz gambar passport bagi negara Malaysia.

Saiz Passport Malaysia

Kredit gambar : MyRayyans

Selain itu, ini merupakan beberapa tips untuk ambil gambar passport dengan lebih berkualiti…

Nak ambik gambar untuk tujuan pasport ada dua perkara yang perlu diberi perhatian iaitu lighting dan compisition.

1. Lighting – untuk lighting, pastikan tiada shadow dibawah dagu dan belakang. Cuba dapatkan trio ligthing (3 point lighting). Kalau takda, cara senang ambik gambar kat luar tapi tepi bangunan dan guna flash (bounce).

2. Composition – pastikan ada kain atau cardboard biru di belakang subjek. Ambil muka subjek ditengah-tengah frame (view finder). Tak perlu jaga space atas kepala sebab untuk paspot. Jangan pulak terlalu tight dalam frame. Nanti susah nak potong.

Untuk setting kamera, cuba guna ISO 100. Color contrast lebih baik. Jangan lupa pakai tripod, kalau tak nanti letih dan tak consistent. Subjek duduk atas kerusi secara duduk menegak. Kamera sama paras dengan muka subjek. Lens mestilah lens potret. Kalau tak der, guna sahaja kit lens tapi jarak jangan terlalu dekat. Lebih kurang 3 meter ok dah. Pastikan muka subjek tak senget-senget, jangan mendongak atau menunduk. Biar nampak kedua-dua telinga.

Kemudian tu lepas edit hantar sahaja kat mana-mana kedai gambar untuk print dan bagitahu mereka buta ukuran gambar paspot. Biasanya kedai gambar akan crop gambar tu sebelum print dan meraka akan buat 4 copy imej dalam satu keping 3R atau 4R. Ditempat saya kedai akan cas 1 ringgit sekeping. Balik kita kena potong sendiri. Pastikan saiz pasport betul. Tahu tak berapa ukuran? Pasport = 35mm x 45mm. Saiz IC = 25mm x 35mm.

Sumber : Fotomedia

Ada banyak lagi sebenarnya tips-tips menarik untuk korang buat duit dengan kamera ni. Ini merupakan salah satunya. Untuk ketahui lebih banyak lagi cara untuk Buat Duit Dengan Kamera, korang boleh dapatkan Panduan Bisnes Fotografi ini supaya banyak lagi cabang yang korang boleh sertai.

Daripada ebook ini, terdapat 7 rahsia yang anda akan tahu iaitu :

1. Apakah motivasi paling penting untuk menjadi seorang photographer? Tanpa motivasi ini anda mungkin akan gagal di pertengahan jalan.

2.  Apakah set peralatan fotografi yang anda perlu ada walaupun dengan bajet paling minima. Kami akan terangkan secara terperinci fungsi setiap peralatan kamera ini dan bagaimana cara nak dapatkan harga 30-50% lebih murah berbanding harga di pasaran.
3. Bagaimana nak belajar fotografi tanpa keluarkan wang satu sen pun. Tak perlu ada sijil atau diploma fotografi yang membuang masa anda. Tak perlu pergi ke bengkel atau seminar fotografi. Anda boleh belajar fotografi dengan percuma dan cepat.
4. Selain fotografi, anda perlu tahu satu kemahiran lain. Kemahiran ini sangat mudah untuk dikuasai dan akan membantu anda dalam pengiklanan khidmat fotografi secara percuma dan juga membina kredibiliti anda dengan pantas.

5. Kepentingan portfolio fotografi. Apa yang dimaksudkan dengan portfolio? Mengapa portfolio penting dalam perniagaan fotografi? Ramai jurufoto gagal mengembangkan perkhidmatan mereka secara konsisten kerana mengabaikan portfolio. Anda akan tahu bagaimana membina portfolio secara ringkas tapi berkesan dan menguntungkan.

6. Rahsia sebenar yang tidak diketahui ramai jurufoto iaitu bagaimana mengembangkan perniagaan fotografi ke tahap profesional. Anda tahu rahsia ini, bisnes fotografi anda akan menjadi semakin kencang. Yang penting anda ikut panduan kami satu persatu..

7. Alang-alang dah buat bisnes fotografi, apa salahnya jika anda pergi ke tahap yang lebih tinggi. Bagaimana nak jadi terkenal di dalam industri sekaligus berpeluang mendapat banyak job-job besar bertaraf antarabangsa. Panduan ini sangat berguna untuk jurufoto yang bercita-cita besar mengembangkan kerjaya dan mencipta nama dengan fotografi.

Buat Duit Percuma Dengan Fotografi
Download Report Percuma Buat Duit Dengan Fotografi

8 Comments

  1. Hafizul October 21, 2015
  2. Sani October 14, 2015
  3. JMR October 8, 2015
    • reez October 8, 2015
  4. titan October 7, 2015
  5. Khairul Hilmi Sidek October 6, 2015
  6. kaki pelangi October 6, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.