Buat Duit Percuma Dengan Fotografi

Ramai yang kata nak buat duit dengan fotografi, kena jadi betul-betul pro, kena hadiri kelas fotografi berpuluh-puluh. Kena buat job wedding berpuluh-puluh dan pakai kamera yang full frame, kalau pakai crop APSC ni tak pro dan tak best. Ada juga yang menganggap kalau dah pakai lense yang aperture besar-besar ni semua adalah yang pro, semua lense dia f1.4 atau f1.2 sahaja, f2.8 pun sama..kalau ada lense yang pakai harga bawah RM2,000 ni dikira newbie atau baru nak kenal kamera.

Itu semua sebenarnya tak penting kalau anda pandai buat duit dengan fotografi. Salah satu caranya anda boleh gunakan teknik seperti yang akan diceritakan seperti dibawah ni..

Buat-Duit-Percuma-Dengan-Fotografi

Web ini sebenarnya bagus untuk newbie ataupun yang dah expert. Tapi mesti kebanyakan yang dah expert tak pandang sangat web seperti ini sebabnya mereka pun sibuk dengan kerja-kerja fotografi yang mereka ada. Jadi memang peluang baik bagi anda yang nak buat duit dengan fotografi secara lebih mudah.

Bagaimana Nak Buat Duit Dengan GuruShots?

1.Pertama sekali, anda haruslah login ke GuruShots.com dan daftar, tekan tab Sign Up dan daftar menggunakan email dan masukkan password secara percuma.

Buat Duit Dengan GuruShots

2.Sekarang anda sudah boleh pilih mana-mana challenge yang dibuat di web tersebut dan boleh menang wang. Cuba pilih daripada mana-mana challenge yang anda minat, contohnya seperti dibawah ni.

Buat Duit Dengan GuruShots

3.Itu merupakan syarat-syarat untuk melayakkan anda terpilih menjadi antara yang terbaik. Ini merupakan platform terbaik bagi anda untuk melatih teknik fotografi. Caranya tak susah mana. Anda boleh lihat sendiri gambar-gambar yang telah dihantar untuk submission bagi kategori ini. Cuba lihat gambar-gambar yang mempunyai banyak vote. Anda hanya perlu tiru dan mungkin melakukan sedikit perubahan komposisi dan tak mustahil anda boleh jadi pemenang.

Berapa ye hadiah kemenangan?

Buat Duit Dengan GuruShots

Hadiah kemenangan bergantung kepada task berkenaan. Biasanya hadiahnya bukannya murah, kalau untuk task ini, pemenang akan dapat habuan berjumlah USD300.00…lebih kurang RM1,200.00 dalam Ringgit Malaysia…tapi kalau anda masih baru, mungkin agak sukar nak menang, tapi mana tahu, nasib menyebelahi, ada peluang juga nak menang tu.

Selain untuk buat duit dengan foto, anda juga boleh melatih skil fotografi anda dari semasa ke semasa. Setiap minggu ada sahaja task-task yang diberikan sebagai cabaran. Ini sangat bagus kerana setiap foto yang anda ambil, akan mencabar kreativiti anda sebagai seorang photographer.

Anda tak rugi apa pun kan, tapi skill fotografi anda yang semakin mantap. Lama kelamaan, anda pun boleh menjadi salah seorang top photographer. Mungkin ada majalah dan laman web secara senyap menghubungi anda untuk membeli gambar yang anda tangkap. Itu dah jadi bonus kepada anda.

Ada banyak lagi sebenarnya web yang menyediakan peluang seperti ini untuk anda buat duit dengan foto. Sambil asah bakat fotografi, anda boleh menjana pendapatan dengan kamera anda itu. Best bukan buat duit dengan fotografi ni? Kalau anda lebih serius, saya sarankan anda untuk mendapatkan Panduan Bisnes Fotografi. Supaya anda dapat melibatkan diri secara serius dalam bidang fotografi ini. Belajar daripada mereka yang berpengalaman lebih mudah dan anda tidak akan tersesat sama sekali. Jangan lepaskan peluang terbaik ini ya!

Dah join GuruShots? Jom kita Buat Duit Dengan GuruShots! Belajar sambil buat duit dengan fotografi….

Panduan Lengkap Jadi Jurugambar Perkahwinan
Buat Duit Dengan Kamera

17 Comments

  1. suri October 26, 2015
  2. titan October 25, 2015
  3. adesutisna October 24, 2015
  4. Hilmi Hasan October 23, 2015
  5. SuperNifz October 23, 2015
  6. Raihanah Ahmad October 23, 2015
  7. JMR October 23, 2015
    • Uncle Zuan October 25, 2015
  8. Abang Hasan October 23, 2015
  9. abg jay October 22, 2015
  10. kaki pelangi October 22, 2015
    • reez October 22, 2015
  11. Mek ila Jual Vitamin October 22, 2015
    • reez October 22, 2015
    • Suri October 22, 2015
  12. Hafizul October 21, 2015
    • reez October 21, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.