Buat Duit USD Dengan AliExpress

Buat Duit USD tu…

Sebelum ni ramai yang dah tahu kalau nak buat duit USD ni susah sangat sebab tak tahu Bahasa Inggeris. Boleh ke kalau aku yang tak reti English ni nak buat duit USD?

Ada yang beranggapan sangat susah, sebabnya kena ada macam-macam teknik la..leceh la nak buat itu ini. Kalau leceh, abaikan kalau tengok screenshot orang buat duit sehingga RM5,000 sebulan macam tu je…

Buat Duit USD Dengan AliExpress

Buat Duit Dengan AliExpress

Walaupun kedengaran macam korang dah tahu, tapi AliExpress tempat orang shopping je, macam mana pula nak buat duit? Tempat buat duit ada la.

Biasanya sesiapa yang nak mencari supplier barang murah dari AliExpress seperti casing handphone murah ke, aksesori handphone murah-murah ke dan cute-cute belaka.

Ramai juga yang bertanya aku cara macam mana nak beli dari AliExpress. Tak caya korang baca sendiri la blogpost tu ye. Aku baru beli sekali dua je, tapi soalan macam aku dah borong satu kontena..

Takpe..aku cuba la jawab mana yang aku tahu..ye tak.

Lagipun aku pernah menjadi seller di Ebay suatu ketika dulu. So sedikit pengalaman aku dengan seller China ni aku dapat le kongsikan. Cara bayaran apa semua kan.

Boleh katakan ramai yang takut nak membeli. Padahal beribu orang Malaysia dah shopping kat AliExpress ni.

Tapi yang ni satu bab lain pula…

Aku cuba kongsikan kat korang bagaimana caranya korang boleh dapat duit daripada AliExpress sendiri. Kiranya korang boleh buat dropship barang-barang daripada AliExpress ni dan jualkan kepada mereka di luar sana.

Caranya mudah je, korang setup je satu site untuk orang membeli..kemudian cari barang yang hot yang gerenti orang beli.

Kemudian korang up la sikit harga dalam USD30-USD40 ke untuk satu barang. Kalau barang yang hot tu, biasanya ramai je buyer yang nak beli. Tambah pula kalau barang tu memang hot item!

Cuba kalau dalam seminggu korang boleh dapat dalam 10 sales, sebulan lebih kurang 40 sales..

40 sales bersamaan = 40 x USD30 = USD1200.00

Cuba korang convert sendiri nilainya dalam MYR…lumayan kan? Target korang cuma dapatkan dalam 30 sales je sebulan melalui keuntungan yang korang sendiri set kan.

Buka Kedai Online Sangatlah Murah

Alah..leceh betul nak setup kedai online la pulak…

Kalau kedai offline, korang kena buat renovation juga..kalau kira kos pun dah tentu makan sampai beratus ribu..tambah pula nak masukkan barang lagi dan susun barang dalam tu.

Bayaran sewa bulanan kedai dan juga bil elektrik dan air serta gaji pekerja pun korang kena fikir siap-siap. Kalau kedai online banyak benda korang boleh buat dengan automatik je.

Paling manual pun korang kena handle order dan balas emel pelanggan yang bertanya soalan. Biasanya takde..korang kena handle order je kalau dropship ni.

Nampak tak..tak susah kan?

Itu kalau korang baru ada 1 store je..cuba korang buat lagi satu store dan satu store boleh menjana sehingga USD1200.00 sebulan..kiranya korang dah ada USD2400.00 secara bulanan..dah macam gaji jurutera la pulak kan..hehe

Oleh sebab itu saudara Rashvin dan rakannya Nazrin telah menerbitkan sebuah panduan yang sangatlah gempak!

WooExpress – Cara Buat Duit USD Dengan AliExpress!!

Kalau korang tengok sendiri salesletternya adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri dalam mengendalikan bisnes ecommerce dan dibuat panduan dalam bentuk video.

Lebih 30 video course disediakan kalau korang berminat nak buat duit USD dengan AliExpress ni tau. Memang daripada basic sampailah ke level advance akan ditunjukkan.

Jadi korang tak perlu risau untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada mereka yang telah membuktikan yang mereka boleh buat duit..jadi kenapa tidak korang kan?

Buat Duit USD Dengan AliExpress

Oleh sebab itu, untuk permulaan, apa kata korang cuba download 4 video percuma daripada WooExpress ini melalui link dibawah ini sebagai pengenalan.

Mana tahu korang akan lebih bersemangat lagi untuk buat duit USD dengan AliExpress. Konsepnya tak susah mana iaitu dropship daripada AliExpress. Tak payah fikir pasal cara nak pos barang semua. Korang handle order je.

Download 4 Video WooExpress Secara PERCUMA SEKARANG!

Labur Saham Atau Labur Emas Lagi Untung?

9 Comments

  1. Dedaun Comel May 16, 2017
  2. titan May 16, 2017
  3. Belang Tarung May 11, 2017
    • reez May 11, 2017
  4. azam May 10, 2017
    • reez May 10, 2017
  5. riangria May 9, 2017
  6. Anuar May 9, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.