Buku Catatan MatLuthfi Tu Best Ke?

Buku Catatan MatLuthfi…

Terus terang sangat aku cakap, yang aku memang jarang sekali membaca buku, sebabnya buku-buku yang aku akan baca, adalah buku-buku yang betul-betul menarik minat aku sahaja, kecualilah wife aku tu, memang rajin membaca…Novel..sampai nak penuh dah satu almari tu dengan novel die je…semua tebal-tebal belaka, aku taktau la macam mana perempuan macam korang yang suka baca novel tu boleh layan buku tebal-tebal gitu nak dibaca..dalam masa 3 hari tu boleh habis baca..memang aku kagum..pehh..

Buku Catatan MatLuthfi

Seingat aku, buku paling tebal aku pernah baca adalah buku Harry Potter je..itu pun sebulan lebih baru habis baca..ohoho..tapi wife aku rilek je, 3 hari dah abis baca buku Harry Potter yang tebal bapak tu..fuh..kalau baling kat orang buku tu, maunya koma seminggu..fuh..

Seperti mana yang korang tahu, MatLuthfi ni memang adakah favourite Video Blogger bagi aku. Memang video-video dia semua boleh buat aku ketawa tak hengat donia…tak lupa juga mesej-mesej yang beliau cuba selitkan. Aku kagum dengan beliau yang mempunyai gaya pemikiran yang amat berbeza dengan ramai anak-anak muda yang masih tercari-cari jalan dan ada yang sesat, sampaikan sanggup mempertaruhkan maruah negara, sanggup memalukan negara sendiri disebabkan ingin tunjuk kuat. Aku memang sangat kesal apa yang berlaku kepada penyokong Vietnam semasa perlawanan separuh akhir pertama bola sepak AFF Suzuki tempoh hari..aku nasihatkan pergi lah hayati betul-betul lagu Negaraku tu..tiada langsung rasa cintakan negara, tanah air sendiri..

Ok, cerita pasal buku ni..

Aku terjumpa info pasal buku ni sebenarnya masa aku tengok video dia yang kat bawah ni…dah tengok belum? Kalau belum tengok, gi tengok laju-laju, sebab memang sangat best dan lawak..mana ada video dia yang tak lawak..ahaha..

Dah tengok? Ok bagus…

Apa yang best Buku Catatan MatLuthfi Ni Bro?

Persepsi pertama aku adalah buku ini tentu bosan, nama pun dah rasa bosan, apatah lagi isi kandungannya..Buku catatan? Ceh..diari le tu…Tapi aku silap…dari awal aku baca, keinginan aku nak teruskan pembacaan semakin membuak-buak..ini bukan buku catatan..ini adalah buku cerita..dalam ada banyak gambar, ada banyak mesej, banyak pengajaran, banyak pesanan, banyak merepek dan banyakkkkk lagi..ohohoh…

Aku dapati memang banyak sangat perkara yang anak-anak muda sekarang ni perlu lihat. Pandang dari perspektif yang berlainan macam Mat ni. Jangan nak fikir negatif sangat je..banyak lagi perkara lain yang boleh kita pelajari dan hayati dari buku catatan Mat ni. Secara amnya buku-buku jenis ni korang boleh tengok di program Buku Jalanan. Aku pernah hadir ke program seperti ni.Pada mulanya nampak pelik, tapi setelah aku baca dan masuk lagi dengan lebih dalam, memang mereka ni menyampaikan sesuatu mesej tu dalam bentuk yang berlainan. Unik…tapi mantap mesej yang disampaikan. Memang terbaik sekali..

Mungkin terlampau seni agaknya, kekadang tu aku rasa bosan juga beberapa karya yang ‘asal ada’. Aku ni taklah macam Sifu M.Nasir yang mungkin lebih memahami karya-karya seni agung seperti ini. Jadi korang kena la juga try baca dan hayati sendiri maksud disebalik buku-buku macam ni.

Genre amat berbeza…Catatan Peribadi MatLuthfi….Diari?

Yup, memang ianya berbentuk catatan peribadi MatLuthfi yang belajar di sana…antara teka teki yang aku tak dapat lupa dalam buku tu, yang membuatkan aku rasa amat lawak dan boleh buat aku senyum sesorang adalah…

“Negara mana yang bermula dengan huruf O selain daripada Oman?”

……kalau korang terer..cuba korang cari sendiri..hahaha…

………………………………………………………..Ostolia…kan korang tak dapat?hehee..

Kat mana nak beli Buku Catatan MatLuthfi ni?

Aku tertanya-tanya juga kot ada dijual dimana-mana kedai buku. Disebabkan aku ni memang malas nak keluar rumah, aku pun search je la online. Aku jumpa BookCafe dan terus je buat tempahan. Harganya memang murah je kalau nak dibandingkan dengan buku-buku seperti novel-novel jiwang yang ada di pasaran tu. Bacaannya pun ringan je dan takde la berat sangat korang nak fikir sampai berkedut kening korang. Aku jamin, korang akan tergelak sorang-sorang kalau korang start baca buku ni.

Kebelakangan ni memang aku agak sibuk dengan Fotografi Perkahwinan. Maklumlah, bulan cuti sekolah ni ramai orang yang mendirikan rumah tangga. Kot ada rakan blogger yang tak dapat aku datang majlis dia tu memang aku minta maaf sesangat lah ye. Nak buat macam mana, mencari rezeki la kan selain jadi blogger, dapat komisen sana sini..jadi la kan..bukan selalu dapat pun. 😀

Kelas Blogging pada 27 Disember ni pun aku masih buka untuk pendaftaran bagi yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan dalam dunia blogging. Serius, memang aku takkan buka lagi kelas blogging ini di masa akan datang, kalau ada pun, mungkin aku akan buat personal coaching, dan harganya memang takkan dapat macam sekarang ni..So memang rugi besar bagi sesiapa yang tak cepat-cepat daftar tu. Kalau rasa rugi, simpan je duit korang tu pergi la letak dalam ASB..:D

Belajar Gitar - Layan Lagu Canon Rock
Mat Komik - Komuniti Komik Malaysia

28 Comments

  1. Sya Isya December 27, 2014
  2. muhammad fakhruddin December 25, 2014
  3. Amran December 20, 2014
  4. MNH December 15, 2014
  5. Oja Samid December 15, 2014
  6. Aretikz December 14, 2014
  7. deeno December 13, 2014
  8. Abdfatah December 13, 2014
  9. ctfand December 12, 2014
    • reez December 12, 2014
  10. Kakiblog December 12, 2014
  11. akubiomed December 12, 2014
  12. Denaihati December 10, 2014
  13. Malaysia Tercinta December 10, 2014
    • reez December 10, 2014
  14. Ummi Hanie December 10, 2014
    • reez December 10, 2014
  15. fyna December 10, 2014
    • reez December 10, 2014
  16. reez December 10, 2014
  17. emalinmohd December 10, 2014
  18. blogger lelaki December 9, 2014
  19. maizul.com December 9, 2014
    • reez December 9, 2014
  20. adarain December 9, 2014
  21. anuar December 8, 2014
    • reez December 8, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.