Burger Best Area Ipoh

Burger memang menjadi makanan kegemaran aku sejak dulu lagi. Tak kira la burger buat sendiri ke atau ada gerai burger yang jual tepi jalan tu. Sebab orang suka beli burger adalah murah, cepat dan sedap.

Kalau peniaga burger ni dapat buat 3 perkara asas tu dengan baik, maka sangat senanglah bisnes burger mereka akan cepat laku keras dan ramai yang akan datang beli berkali-kali (macam aku).

Kali ni aku agak spesifik kan tempat burger sedap yang selalu aku beli. Ini disebabkan jalan yang aku lalu tu memang akan melalui gerai burger yang best ni.

Dah la gerainya senang nak akses, tepi jalan je dan memang laluan aku balik kerja. Wife aku kadang-kadang balik kerja malam, memang selalu le singgah gerai burger ni.

Walaupun sebenarnya ada banyak lagi gerai burger yang best dalam area Ipoh ini, tapi saja je ceritakan tentang gerai burger ni. Nama gerai burger ni adalah Burger Bos. Nama pun dah syok dengar, tak gitu?

bisnes-burger

Untuk pengetahuan, ini bukan entri berbayar. Aku sharekan apa yang aku rasa best je. Lokasi gerai ni pun tak susah mana nak cari. Kalau korang tahu kat mana Persatuan Bola Sepak Perak (PFA), memang dekat sangat la dengan ofis PFA tu.

Jangan la korang gatal pegi cari gerai burger ni waktu tengah hari, memang tak jumpa. Buka waktu malam je. Aku lupa pukul berapa waktu operasinya. Mungkin korang boleh hubungi sendiri la owner Burger Bos ni.

bisnes-burger

Dulu masa aku mula-mula beli burger kat gerai ni aku tengok dia sorang je meniaga. Tapi sekarang ni dah ada assistant. Itu tandanya bisnes burger dah makin maju. Apa yang bestnya burger yang korang order tu kompem sedap. Ikut selera aku le..taktau la selera korang macam mana.

Apa yang penting murah dan sedap…tak gitu?

bisnes-burger

Kalau tengok senarai harga dan juga menu ni memang amatlah berpatutan. Kalau nak dibandingkan burger McDonald tu kan. Walaupun ada drive thru, tapi burger ni juga yang rasa best nak makan. Dah lama juga aku tak beli burger McDonald.

Korang tengok sendiri, siap ada burger Rusa lagi tu..fuhh…tak pernah lagi la aku rasa burger-burger lain tu selain daripada burger ayam dan daging. Kekadang double, kekadang burger special. Tetiba rasa lapar plak ye…hehe.

So kalau korang nak cari antara burger yang sedap dan best kat area Ipoh ni, korang bolehlah singgah di Gerai Burger Boss ni. Walaupun ada 3-4 gerai burger kat area rumah aku ni, semuanya dah pernah aku beli. Tak boleh lagi la lawan rasa burger ni.

Kalau ada yang minat nak buat bisnes burger macam brader Burger Boss ni, boleh try dapatkan Panduan Bisnes Burger ni. Klik pada banner di bawah dan cuba buat bisnes burger ni dengan sebaiknya. Insyallah disamping korang kenyangkan perut orang, boleh menambahkan rezeki poket korang juga.

Nasi Ayam Sedap Di Ipoh
Roti Telur Goyang Menu Unik Sarapan Pagi di Ipoh

9 Comments

  1. raihanah January 23, 2017
  2. imnajmi December 31, 2016
    • reez December 31, 2016
  3. nikkhazami December 15, 2016
  4. titan December 8, 2016
  5. siti hazreen December 7, 2016
  6. nurmisnan December 6, 2016
    • reez December 7, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.