Cara Buat Bisnes Di Ebay

Buat Bisnes di Ebay ni kalau kat Malaysia tak la baru mana. Dah lebih 10 tahun dah, ramai yang tahu cara nak buat bisnes dengan bagus di Ebay ni.

Cuma mungkin tak ramai yang tahu tentang selok belok cara berniaga di Ebay ni. Ada yang kata leceh sebab kena daftar itu ini dan melibatkan pos ke luar negara dan macam-macam lagi.

Buat Bisnes Di Ebay

Tapi kalau bukan buat bisnes di Ebay pun, dalam perniagaan offline selain Ebay, tetap kena isi borang itu ini untuk daftar perniagaan dan juga setup kedai dan susun barang serta kena juga pos barang kepada customer. Sama je kan.

Tentu persoalan paling utamanya adalah, bagaimana nak hantar barang ke luar negara? Guna Fedex ke? DHL? Tentu la mahal gila nak guna.

Kalau guna pos biasa pula, berapa lama nak sampai?

Banyak sebenarnya soalan-soalan ini akan muncul kalau korang buat bisnes di Ebay ni.

Pengalaman aku sebelum ni, pernah juga aku buat bisnes Ebay ini secara part time. Pertama kali nak pos ke luar negara tu memang rasa berdebar je sebab tak tahu. Memang ada untung dan ruginya. Biasalah kan, adat berniaga.

So strategi kena la betul kalau nak mula bisnes di Ebay ni. Jadi macam mana nak start atau mula meniaga di Ebay?

  1. Mula-mula sekali dah tentulah kena register akaun dulu di Ebay. Pergi ke Ebay.com dan register. Guna Ebay.com.my pun boleh nak register.
  2. Dah selesai, register pula akaun Paypal. Sebab Ebay guna Paypal atau kredit kad sahaja untuk buat pembayaran.
  3. Selepas tu ada satu option dalam dashboard Ebay korang meminta korang supaya link akaun dengan Paypal supaya setiap transaksi dari Ebay kan terus link ke Paypal.

Contoh korang boleh tengok screenshot income hasil daripada bisnes Ebay salah sorang kawan aku yang dah berjaya ni.

cara buat bisnes ebay

cara buat bisnes ebay

Begitulah contoh transaksi setiap kali ada pembayaran dibuat. Kiranya payment akan masuk ke dalam akaun Paypal dan korang boleh withdraw ke kad debit atau kredit korang untuk dapatkan duit tersebut.

Kalau tengok pada screenshot memang best kan buat bisnes di Ebay ni? Kalau nak rasa juga macam tu, kena la mulakan bisnes di Ebay ni. Jangan tengok je. Boleh cuba dapatkan Panduan Ebay Cara Mafia ini.

4. Dah selesai link kan akaun ke Paypal. Seterusnya adalah korang kena cari barang untuk dijual di Ebay.

5. Apabila barang dah ada pembeli, tanggungjawab korang untuk pos kan barang tersebut kepada pembeli.Biasanya pembeli akan bayar dahulu harga barang termasuk postage seperti yang telah ditetapkan oleh korang sendiri.

6.Kalau tiada apa-apa masalah, barang akan selamat sampai kepada buyer dan jika buyer berpuas hati, mereka akan tinggalkan feedback yang baik untuk korang.

Itu saja sebenarnya nak berniaga di Ebay. Jual barang dan hantar macam biasa.

Persoalan utama sebenarnya adalah…Barang Apa Nak Jual Di Ebay?

Adakah barang yang dijual kat Ebay ni sama macam barang-barang yang ada di Lazada, Mudah, Shopee dan macam-macam lagi?

Boleh ke jual barangan terpakai? Boleh ke jual barang yang dah rosak?

Semua soalan yang ditanya kat atas tu jawapannya adalah YA.

Mari aku tunjukkan antara barang-barang yang baru-baru ini dijual oleh orang Malaysia di Ebay.

barang jual di ebay

cara bisnes ebay bisnes ebay bisnes di ebay jual barang di ebay

Eh biar betul barang-barang ni orang jual kat Ebay? Ada ke orang nak beli?

Kalau tengok pada harga yang berwarna hijau tu merupakan item-item yang dah dijual kepada buyer yang berminat.

Di Ebay ini sebenarnya ada trik dan taktiknya yang tersendiri. Ada banyak sungguh teknik dan taktik yang perlu dikuasai. Boleh je jual barang-barang tempatan. Tapi pastikan ianya unik dan ada demand.

Ada yang dah berjaya jual alat tulis je kat Ebay.

Ada yang berjaya di Ebay jual barang-barang bayi je di Ebay dan macam-macam lagi kategori barangan.

Kalau ada yang nak tahu cara lebih detail dan lebih MAFIA lagi. Boleh dapatkan segera Panduan Ebay ini dengan segera.

Jadi peluang memang terbuka luas untuk korang berjaya dalam bisnes Ebay ni.

Bukan sebab apa, selain daripada pos sendiri barang kepada buyer. Korang boleh juga buat dropship.

Dapatkan barang-barang murah melalui supplier dari China ke. Panduan Taobao memang menyediakan panduan paling lengkap sekali kalau nak guide memborong dan dropship daripada sana.

Kos murah dan korang boleh untuk gila-gila punya kalau buat dropship.

RM500 je Modal Bisnes Borong Dari China

Pengalaman aku buat bisnes Ebay ni antara key paling penting adalah korang kena pandai buat research. Sebab barang yang ada di Ebay ini selalunya 90% akan terjual kalau korang buat research dengan betul.

Sales akan sangat menggila apabila tiba musim Krismas. Ramai sebenarnya nak cari hadiah Krismas dari Ebay untuk dihadiahkan kepada anak-anak mereka.

Jadi kesempatan inilah ramai peniaga Ebay akan mula umpan dengan macam-macam item yang sangat hot untuk dibeli.

Selain tu seorang Ebayer juga kena hati kering dengan karenah Ebay yang pelbagai. Kadang-kadang tiba-tiba je Ebay freeze akaun korang dan minta untuk buat pengesahan.

Kalau takde apa-apa yang mencurigakan, submit sahaja dokumen-dokumen yang diperlukan dan masalah akan selesai dan boleh menjual seperti biasa.

Perkara-perkara macam inilah yang akan dibongkarkan dalam Panduan Ebay Cara Mafia ini. Korang akan belajar daripada yang berpengalaman lebih 7 tahun dalam Ebay..bukan sikit pengalaman tu.

Jadi jangan tunggu lama-lama sebab panduan ni mungkin akan ditutup tak lama lagi dan kalau dah dapatkan panduan ebay ini, jangan tunggu lama-lama untuk praktikkan sendiri.

Cuba dapatkan USD10 atau USD100 yang pertama terlebih dahulu dengan Ebay..lepas tu korang akan rasa macam mana bestnya buat bisnes di Ebay ni.

Cara Buat Bisnes Di Ebay tak susah mana kalau korang tahu cara yang betul..tak gitu?

Jangan Kena Tipu -Panduan Asas Jual Barang Secara Online

4 Comments

  1. sabree hussin August 10, 2017
  2. lisak August 7, 2017
  3. Pisyek August 6, 2017
  4. mrhanafi July 30, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.