Cara Main Saham Online

Cara Main Saham Online. Dalam dunia pelaburan saham, pada masa sekarang semua transaksi boleh dilakukan secara online sahaja. Terdapat pelbagai platform yang ada untuk melabur saham secara online ni. Korang boleh menggunakan platform Maybank2u ataupun ITrade CIMB. Dua platform ini merupakan platform paling popular dikalangan ramai orang.

Tetapi kedua-dua platform ini ada pro dan kontranya yang tersendiri. Ramai orang main saham tidak mengetahui akan caj-caj yang ada dalam pelaburan saham, jadi minda mereka hanya tertumpu kepada keuntungan atau kerugian yang bakal mereka perolehi, oleh sebab itu perlu bagi korang mengetahui akan caj-caj yang dikenakan bagi bank-bank ini apabila melakukan sebarang transaksi jual beli saham.

Cara Main Saham Dengan Betul

Berikut merupakan contoh caj broker (broker fees) yang dikenakan bagi korang yang mahu membeli atau menjual unit saham. Ini adalah perlu bagi korang mengira sendiri keuntungan bersih yang bakal korang dapat setelah ditolak dengan fees ini. Caj broker inilah yang selalu pelabur saham kurang ambil perhatian.

Contoh Caj Broker adalah seperti di bawah:

Caj Broker Saham Online

Untuk mendapatkan senarai penuh, korang boleh dapatkannya di Perbandingan Caj Broker ini.

Bagaimana Cara Main Saham Online?

Cara Main Saham Online Maybank

Untuk mula melabur saham secara online, apa yang diperlukan sebenarnya tak lah susah mana. Ini aku tunjukkan satu contoh bagi platform Maybank2u. Syaratnya korang kena ada akaun CDS yang berdaftar dengan Maybank Investment Bank. Pastikan korang dah ada nombor akaun CDS tu sebab korang kena login dengan menggunakan nombor itu.

Kalau korang masih belum lagi ada akaun CDS, korang kena daftar dulu. Boleh tengok Cara Daftar Akaun CDS dengan Maybank Investment Bank menerusi link yang diberikan.

Tapi Berapa Modal & Kaunter Saham yang boleh dipilih untuk dibeli?

Panduan Saham ini amat berguna bagi korang yang ingin mendalami lagi ilmu dalam pelaburan saham. Antara tips yang korang boleh dapat adalah berapakah modal permulaan yang sesuai untuk korang mula main saham, bagaimanakah taktik dan cara yang betul untuk korang memilih kaunter-kaunter yang boleh mendatangkan keuntungan.

Apa yang penting adalah, kalau korang ada panduan ini, kadar kerugian korang main saham mungkin akan kurang dan mungkin juga keuntungan sahaja yang akan korang dapat. Bergantung kepada pemahaman korang membaca Panduan Saham Terbaik ini.

Untuk panduan penuh bagi korang main saham online dengan Maybank2u, boleh dapatkan ebook percuma seperti dibawah ini.

Download Ebook Percuma Main Saham Online Maybank2u

Cara Best Buat Bisnes Kad Kahwin
Memang Best Berniaga Online, Tapi..?

5 Comments

  1. Norhayati Suaib January 2, 2015
  2. Adam December 29, 2014
  3. SentiasaPanas December 28, 2014
    • reez December 28, 2014
  4. Ammar December 28, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.