Ganti Lenovo S930 dengan Xiaomi Redmi Note 2

Aku dah macam ikut jejak langkah Anarm.net plak kan. Dia tukar handphone, aku pun tukar juga. So far dalam kategori bajet, memang ini yang terbaik aku rasa. Tengok kat kedai, sekali baru perasan Anarm pun pakai phone yang sama juga. Baru aku trade in semalam..oho..Pada mulanya aku nak tukar dengan Xiaomi Redmi Note 3, tapi katanya di pasaran yang ada cuma AP set, tak boleh update kata brader kedai telefon tu, dia cuma suggest ambil Xiaomi Redmi Note 2 je, memang original.

So aku ngan wife aku la nampaknya tukar sekali, sebab dia pun pakai fon yang sama macam aku sebelum ni iaitu Lenovo S930. Besar gedabak juga, tapi sekarang ni dah slim sikit berbanding Lenovo tu. Juga lebih ringan, kalau tengok sekali, dah macam iPhone 6..

Ganti Lenovo S930 dengan Xiaomi Redmi Note 2

Untuk spesifikasi Xiaomi Redmi Note 2 ni, korang boleh rujuk gambar di atas. Aku kena topup dalam RM500++ le, dapat sekali tempered glass dan juga cover belakang tu. Jadi le kan, jakun juga baru first time guna phone pakai tempered glass ni. Orang lain dah berzaman dah pakai.

Apa yang best pakai Xiaomi Redmi Note 2 ni?

1.Laju semacam, tengok spec daripada sebelum ni memang kalah teruk le S930 tu.

Ganti Lenovo S930 dengan Xiaomi Redmi Note 2

2.Kualiti gambar dari kamera ni memang aku puas hati berbanding kamera Lenovo S930..tengok sendiri gambar yang aku tangkap ni, boleh tahan bestnya..mungkin agak shaking sikit tangan aku ambil gambar ni, so tak berapa sharp kot, tapi gambar lain yang aku ambil, memang puas hati.

3.Internal memori adalah 16Gb, berbanding sebelum ni adalah 8GB sahaja. Tapi yang sedihnya walaupun ada slot memori kad 16GB aku dah masuk, tak boleh nak pindah apps yang diinstall ke dalam SD card, kena root dulu baru boleh kot.

4.Ringan dan masuk dalam poket pun tak terasa ada phone dalam poket seluar. Kalau phone besar, susah sikit kalau nak duduk, kena keluarkan telefon dahulu baru boleh duduk..:D

5.Harga mampu milik, bawah RM700.00 dah boleh dapat telefon pintar yang best dan laju!

Apa yang tak best guna Xiaomi Redmi Note 2?

1.Sebab Xiaomi Redmi Note 3 tak lama lagi akan keluar di Malaysia..berapa bulan je lagi..ciss..

2.Sekali tengok dari depan, macam telefon cap ayam, sebab takde logo apa apa di depannya.

3.Dalam kotak, tiada disertakan earphone, yang ada cuma charger dan juga manual book. Charger tu aksesori tambahan, kena beli lain.

Setakat ni banyak yang best berbanding tak best. Lagipun handphone Lenovo S930 aku yang lama tu dah banyak sangat buat hal. Hang je selalu dan selalu je tak detect Wifi yang ada dirumah. Selalu juga, kalau dah lama tak buka Whatsapp..sekali bukak, berderet mesej masuk..takde notification. Kalau sehari tak bukak, naya juga kan kalau ada Whatsapp daripada bakal client ke kan.

So kalau korang ada bajet yang rendah nak beli telefon pintar, aku memang suggest beli handphone ni. Kalau ada bajet nak iPhone juga sampai sanggup ikat perut..lantak korang.hahaa..Lepas tu pakai pakej internet basic je..iPhone sampai dekat 3k..macam isu baru-baru ni kan pasal telefon..eh betul ke? Tah, aku sendiri pun tak tahu..korang la nilaikan sendiri.

p/s: macam dah lama plak rasa tak update blog ni juga ye?

Rakyat Malaysia Malas Membaca
Gunting Rambut Style Di Ipoh Barber & Comber

14 Comments

  1. abdfatah January 31, 2016
  2. rujukan January 28, 2016
    • reez January 29, 2016
  3. si bongkok January 27, 2016
    • reez January 27, 2016
  4. Noriza Rahman January 26, 2016
  5. titan January 26, 2016
    • reez January 26, 2016
      • titan February 2, 2016
        • reez February 2, 2016
  6. nikkhazami January 24, 2016
  7. Azzahairi January 22, 2016
  8. Hafiz Rahim January 22, 2016
    • reez January 23, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Perabot Murah Dari China

Bagaimana Anda Boleh JIMAT PULUHAN RIBU RINGGIT Dengan Membeli PERABOT & KELENGKAPAN RUMAH Secara TERUS DARI CHINA!!

Masukkan nama dan alamat emel anda untuk anda mengetahuinya dengan lebih lanjut.
We respect your privacy.