Gunting – Filem Pendek Best Dari Singapura

#guntingthemovie

Dah tengok cerita GUNTING?

Satu video yang rasanya takkan diterbitkan di televisyen Malaysia la kan sebab produksi daripada Singapura. Disebabkan aku ni jenis rajin tengok Youtube, maka muncul la di feed Youtube aku.

Filem pendek GUNTING mengisahkan tentang seorang anak muda dari Singapura yang telah berjaya mencipta nama di L.A sebagai tukang gunting atau ‘hairstylist’ yang berjaya di sana.

Taufik kembali ke Singapura untuk menjaga bapa beliau yang pernah membuka kedai gunting sewaktu Taufik masih kecil lagi. Sepanjang masa Taufik di L.A, kawan baiknya iaitu Hisyam yang menjaga bapanya yang juga mempunyai masalah kesihatan iaitu kencing manis.

Konflik terjadi apabila bapa Taufik seakan tidak dapat menerima Taufik yang bekerja sebagai tukang gunting rambut sedangkan beliau mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraaan.

Sementara itu, Taufik dan Hisyam berpakat untuk menghidupkan semula kedai gunting bapanya serta memberi nafas baru kepada kedai gunting Salihin.. kepada Salihin & Sons.

Filem ini mencapai klimaks pada ketika bapanya terjatuh akibat pening di kopitiam. Berlaku sedikit pertelingkahan di antara Taufik dan bapanya yang membuatkan bapanya sedar mengapakah anaknya itu memilih kerjaya sebagai tukang gunting sepertinya juga.

Aku sebenarnya terkejut, siapa yang terbitkan filem pendek ini?

Rupa-rupanya ia merupakan satu inisiatif daripada kerajaan Singapura itu sendiri. Korang lihat Channel Youtube tu..

Dalam filem pendek ini juga ada menyelitkan beberapa program yang kerajaan Singapura telah jalankan untuk rakyatnya seperti Professional Conversion Programme (PCP).

Memang hebat juga inisiatif kerajaan Singapura menerangkan program yang baik untuk rakyatnya melalui filem pendek yang penuh emosi ini.

Walaupun berdurasi lebih kurang 45 minit sahaja cukup memberi impak yang berkesan kepada penontonnya. Syabas dan tahniah diucapkan.

Pada yang belum tonton tu boleh tonton di post ini sahaja atau boleh klik untuk paparan yang lebih besar secara fullscreen.

Dah dua kali aku tengok cerita ini, memang best. Kiranya kalau nak kira rating per 10, 8/10 la aku boleh bagi.

Tengok cerita ni teringat pula aku dengan kedai gunting hipster yang ada kat Ipoh ni, memang ramai sungguh orang datang gunting rambut walaupun harganya agak mahal.

Masa sebelum raya tu kononnya nak gunting rambut style hipster la juga, sekali nak beratur sampai luar kedai tunggu orang nak gunting. So ke kedai anney le..memang tak best apabila dah dapat gunting rambut yang style.

#guntingthemovie

Pakai Apps Kodi Tengok Movie Free

3 Comments

  1. Farah July 16, 2017
  2. aRzMoHa July 11, 2017
  3. Adam July 10, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.