Jangan Kena Tipu -Panduan Asas Jual Barang Secara Online

Menjual barang secara online pada zaman sekarang memang cukup mudah. Ada yang menjual secara online boleh dapat sehingga 4 angka sebulan secara part time.

Walaupun begitu, bagi mereka yang mungkin baru nak mencuba platform online ini yang bukan berbisnes mungkin tidak biasa dengan ‘permainan’ dalam dunia online.

Bukan main-main sebenarnya sampaikan ada yang kena tipu sehingga nilai 5 angka disebabkan tiada ilmu dalam dunia online ini.

Jangan Kena Tipu -Panduan Asas Jual Barang Secara Online

Walaupun nampak mudah menjual secara online ni, tapi ada beberapa perkara penting yang harus di ambil kira sebelum menjual sesuatu barang sama ada yang baru ataupun yang terpakai.

Bagi mereka yang nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel ini dengan tenang dan berhemah. Boleh ambil nota jika dirasakan artikel ini terlalu panjang.

1. Tentukan dahulu platform mana yang akan digunakan untuk menjual secara online. Ada banyak tempatnya. Contoh paling popular adalah di Mudah.my, di Facebook Group Popular, Carousell dan lain-lain.

2. Adalah penting supaya barang yang dijual itu diletakkan pada kategori yang betul dan kepada target market yang betul. Ini bagi memastikan produk tersebut mudah untuk dijual.

3. Aspek paling penting juga adalah berkenaan dengan harga. Boleh buat survey dulu harga yang penjual lain jual sebagai panduan asas untuk meletakkan harga. Jangan buang harga kerana satu hari, anda sendiri yang akan rugi.

4. Kenalpasti cara pembayaran yang ada. Jika anda tidak menggunakan website sebagai platform jualan. Boleh menggunakan aplikasi seperti Telegram ataupun Whatsapp yang semakin popular untuk bisnes online pada masa sekarang. Bagi yang ada website boleh menggunakan perkhidmatan Billplz ataupun SenangPay untuk menerima pembayaran melalui kad kredit.

Jangan Kena Tipu -Panduan Asas Jual Barang Secara Online

Jangan Kena Tipu -Panduan Asas Jual Barang Secara Online

5.Biasanya cara pembayaran adalah melalui Cash Deposit bank tempatan ataupun Online Banking sahaja bagi yang tidak mempunyai Online Payment Processor seperti Paypal dan lain-lain.

6. Ramai sebenarnya yang kena tipu disebabkan terlalu memberi kepercayaan kepada pembeli. Ada yang sanggup menipu resit cash deposit untuk mengenakan penjual. Pastikan untuk verify dahulu pembayaran sebelum barang dihantar.

Jangan Kena Tipu -Panduan Asas Jual Barang Secara Online

7. Biasanya dalam bisnes online, sebagai penjual anda boleh menetapkan jangka masa proses untuk menghantar barang tersebut. Contohnya anda telah tetapkan syarat kepada pembeli barang akan dihantar 1-3 hari selepas bayaran dibuat. Harus faham di sini, bukan bermakna 1-3 hari barang akan sampai..barang akan dihantar.

8. Jangan berurusan dengan pelanggan anda dalam keadaan emosi anda tidak stabil kerana ianya akan efek kepada customer anda juga. Mungkin dengan tidak semena-mena anda marah customer anda.

9. Cuba follow up customer anda jika barang yang anda telah hantar itu telah sampai kepada penerimanya. Ini membuatkan pembeli berasa lebih ‘trust’ kepada anda dan mungkin akan membeli lagi.

Mungkin ramai yang menjual barang mereka secara online kurang arif mengenai pembayaran secara online jika melibatkan urusan transfer dari luar negara.

Jika ada yang dah baca artikel AWAS!! Scammer di Mudah ini tentu sedar yang mereka sudah ditipu ataupun hampir ditipu.

Ini adalah kerana kebanyakan mereka yang menjual di Mudah.my ini tidak mempunyai pengetahuan tentang urusan pembayaran daripada luar negara.

Berikut merupakan apa yang anda perlu tahu jika ada penjual yang kononnya nak beli barang anda dan apa yang best, dia tak tahu berbahasa Melayu.

1.Pembeli ini biasanya akan mengatakan yang dia bekerja di luar negara dan barang tersebut untuk anaknya di suatu tempat.

2.Scammer ini akan menghantar notis melalui emel anda yang mana sejumlah amaun telah dihantar kepada akaun anda yang telah anda berikan sebelum ini. Tetapi duit hanya akan masuk jika anda memasukkan sejumlah wang ke akaunnya.

3. Penjual kemudiannya akan diugut yang mengatakan jika anda tidak menghantar barang tersebut, FBI akan mengambil tindakan terhadap anda nanti. Abaikan sahaja perkara ini.

4. Paling ekstrem mereka akan call anda untuk dapatkan juga duit anda itu. Paling best dia dapat duit dan juga barang yang anda ingin jual. Anda akan menangis sendirian akibat tak baca artikel ini..:P

5. Jika ada yang benar-benar nak beli barang anda dari luar negara, anda boleh menggunakan perkhidmatan Paypal ataupun Western Union. Boleh baca artikel tentang Western Union melalui link berikut.

6. Untuk transfer dari bank ke bank antara negara biasanya akan memerlukan akaun merchant. Prosesnya agak rumit dan proses transfer memerlukan SWIFT CODE bank bagi bank negara anda dan ianya tidak mudah yang disangka.

7. Anda tak perlu bayar apa-apa untuk terima duit dari luar negara. Processing fee akan ditolak daripada amaun yang anda akan dapat (jika ada).

Paling kelakar sebenarnya adalah modus operandi yang sama digunakan mereka ini dan mengugut mangsa dengan melaporkan kepada FBI sedangkan mereka adalah penjenayah yang sebenar.

Sebab apa aku kata kelakar, mungkin orang Malaysia ramai sangat terpengaruh dengan televisyen, FBI mempunyai kuasa sehingga boleh tahan orang dari seluruh dunia. Itu kerja Interpol ye kawan-kawan….

Kalau jenayah melibatkan negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia akan bertanggungjawab dan bukannya FBI seperti yang diugut.

Dah nampak jelas kan?

Kalau anda nakkan satu panduan yang lengkap buat bisnes online dengan menjual barang borong dari China, boleh dapatkan Rahsia Taobao yang dah melahirkan ramai penjual online yang buat duit senyap dari rumah.

Bukan susah mana pun, order barang murah dari Taobao, dan jual kepada pembeli yang setia menanti. Walaupun untung cuma RM10.00 bagi satu barang, jangan jadikan alasan anda tak boleh berjaya..kan?

Cara Buat Bisnes Di Ebay
Buat Duit USD Dengan AliExpress

10 Comments

  1. Set Bersalin August 17, 2017
  2. Pisyek July 30, 2017
    • reez July 30, 2017
  3. thehaikal July 29, 2017
    • reez July 29, 2017
  4. Rozak July 27, 2017
  5. Belang Tarung July 27, 2017
    • reez July 27, 2017
  6. Farah@ez-vitamin July 27, 2017
    • reez July 27, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.