Kembali Aktif Memanah?

Sukan memanah. Agak jarang sekali di Malaysia ni kalau bercerita bab sukan ni. Kalau pasal bola sepak atau badminton mungkin sangat seronok bercerita.

Tapi kalau sukan memanah? Nak cerita pasal apa?haha..kan.

memanah di Ipoh

Baru-baru ni aku mula aktif kembali dengan memulakan latihan asas memanah di tempat memanah yang merupakan tempat memanah kepunyaan WAF Archery di Ipoh.

Nasib baik la kawan aku ni baik hati bagi training kat situ. Sebabnya pada penghujung bulan September nanti akan ada satu kejohanan antara staf iaitu PSKPP peringkat negeri Perak yang akan berlangsung di daerah Kerian.

Kenapa Memanah Sukan Yang Best

Tahun lepas walaupun agak kecewa sukan memanah tak dipertandingkan, dan nasib juga tahun ni ada dipertandingkan dalam 3 kategori iaitu Recurve, Compound dan Tradisional.

Memanah ni sebenarnya bukan macam badminton atau sukan lain. Kalau ada tournament, ambil masa juga dalam sebulan dua untuk mantapkan kembali stamina.

Memang agak susah nak tarik bow recurve dengan set lengkap, macam dalam gambar kat atas tu. Kalau tengok video kat Youtube nampak senang je tarik.

Bagi siapa yang dah mencuba tu, tentu tahu bagaimana rasanya sama ada susah ataupun senang sangat. Kalau korang pernah memanah di shopping complex tu dan korang rasa senang, itu korang dah silap.

Kalau bow jenis tu level budak sekolah rendah je yang tarik dan mungkin lebih lagi poundage bow nya untuk pertandingan yang betul.

Daya tarikan untuk beginner biasanya 20 pound sehingga 28 pound dan bagi kategori advance pula 30 pound dan ke atas. Biasa untuk kategori pro 40 pound dan ke atas.

Sukan memanah ni sebenarnya memerlukan teknik yang betul di samping kekuatan fizikal juga. Tapi tidaklah seperti angkat berat. Ramai yang mula menceburi sukan memanah ni menganggap demikian.

Sebenarnya sukan memanah memerlukan daya kelembutan dan juga kekuatan tangan yang agak minimum. Dengan teknik yang betul, korang tak payah bertegang urat leher untuk tarik bow yang poundagenya cuma 26 pound.

Aku tak nak la cerita jenis-jenis bow yang ada. Kalau nak tahu serba sedikit tentang memanah ni korang boleh cuba baca artikel Belajar Memanah di Ipoh ni.

Boleh hubungi aku kalau ada minat nak hantar anak ke akademi yang kami telah wujudkan ini. Kami akan develop anak-anak yang berminat dalam sukan memanah supaya dapat mengisi pelapis-pelapis negara pada masa akan datang.

Untuk melahirkan atlet yang berprestasi tinggi memang agak sukar kalau tiada pengorbanan. Alhamdulillah sudah semakin ramai ibu bapa yang mula nampak akan talent anak mereka.

Ramai yang hantar anak-anak mereka untuk belajar memanah. Belikan peralatan, teman anak semasa latihan dan masuk pertandingan. Hasilnya ada juga di antara mereka bergelar johan di peringkat sekolah dan daerah dan akhirnya mendapat sponsor daripada pihak PIBG atas kejayaan cemerlang tersebut.

Apa yang menjadi penghalang mungkin kos peralatan. Harga barang memanah sukar untuk cari yang murah disebabkan kesemuanya diimport daripada luar negara.

Ada yang diimport dari China, Korea dan juga USA. Kebanyakan barang memanah untuk kategori Pro merupakan barang yang standard digunakan di peringkat Olimpik.

Jangan terkejut kalau kos untuk seorang pemanah boleh mencecah sehingga RM15,000 ataupun lebih. Boleh dikatakan sukan memanah ini merupakan sukan yang agak ekslusif bagi sesetengah pihak seperti golf ataupun menembak.

Sukan Sea Memanah

Insyallah pada 13 Ogos 2017 – 23 Ogos 2017 nanti Sukan Sea ke-29 bagi acara memanah akan bermula. Lokasinya adalah di lapang sasar memanah Bukit Jalil iaitu berhampiran dengan Majlis Sukan Negara Malaysia.

Kalau free korang boleh datang tengok kejohanan peringkat Asia Tenggara ini yang sudah tentu Malaysia mensasarkan pingat emas bagi acara memanah ini kerana team memanah kita sudah mampu mendapat tempat di World Cup baru-baru ini.

Jadi doakan kejayaan atlet memanah Malaysia supaya dapat merangkul pingat yang disasarkan. Tak sabar rasanya nak pergi tengok memanah Sukan Sea nanti ye..:D

Belajar Memanah Di Ipoh

12 Comments

  1. Amni August 17, 2017
  2. Bro Framestone August 16, 2017
  3. Naimah Wahab August 12, 2017
  4. lokman August 10, 2017
    • reez August 10, 2017
  5. titan August 9, 2017
  6. mrhanafi July 30, 2017
  7. nikkhazami July 27, 2017
    • reez July 27, 2017
      • Pisyek July 30, 2017
        • reez July 30, 2017

Leave a Reply to nikkhazami Cancel reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.