Kenangan: Dulu Gua Robin Hood

Tadi masa aku tengah blogwalking sambil tengah tunggu file gambar aku upload, aku perasan ada satu post di blog Blogger Popular ni. Dia ada sebut tentang satu sukan yang aku join sejak dari tahun 1999 sehingga aku pencen pada tahun 2005. Kebetulan beliau ni adalah junior aku..so sempat la aku membuli Blogger Popular ni masa kat sekolah..ahaha..sebenarnya gua bukan kaki buli..gua amat disayangi awek-awek form 6 masa tu..balik pun sanggup tunggu aku, pasal nak balik sama..eh..:D

Kenangan Memanah

Team MSSM Perak

Team MSSM Perak

Kenangan Memanah

bergambar dengan awek itu mesti..eheh..dak ni Lawyer skang..:D

 

Kenangan Memanah

Endang salah sorang musician,amoi belakang tu (Lam Kah Mun) kat Ostolia..sorang lagi tah kemana peginya…Goh Mei Xuan namanya..

Ok, cukup pasal kenangan sekolah, ni aku nak cite kenangan aku masa aku jadi Robin Hood pada tahun 1999-2005..lama tu kan? 6 tahun le lebih kurang aku menceburkan diri. Semuanya bermula masa aku sekolah dulu..oho..Tahun 1999 adalah tahun aku main-main masa tu, sebab tak serius dengan sukan Memanah atau Archery ni. Dulu memain sebab konon jadi Robin Hood la kan..cambest je tengok filem tu..dengan machonya dapat Bulls Eye…tapi…semuanya tipu sebenarnya..ahaha..tipu ke filem tu dapat arrow terbelah dua?hahaa..Tidak sebenarnya..aku pernah buat dan beberapa orang kawan aku pun dah pernah buat..tiada kebanggan disitu.

Team Memanah SUKMA 2002

Team Memanah SUKMA 2002

SUKMA 2002

SUKMA 2002

 

Kenangan bermula masa aku dapat masuk Kejohanan Memanah Peringkat Daerah Kinta..masa tu aku tak ingat dapat nombor berapa, yang aku tahu, aku layak untuk ke Kejohanan MSSPK iaitu lawan antara daerah plak. Alhamdulillah, aku dapat layak juga ke MSSM..yang tak bestnya MSSM kali pertama aku kat Perak..adeh..ingat dapat la pegi Sabah ke,Terengganu ke kan?hehe..

Tahun best bagi aku adalah pada tahun 2001 iaitu masa tu aku rasa nak pencen..tapi masa tu plak lah performance aku up..dapat plak Johan MSSPK dan bolot 5 Emas dari 6 Emas..masa tu aku tak heran sangat..memang ramai awek-awek ucap tahniah pada masa tu..sebab dah biasa menang..aku buat dek je..cuma perhatian aku kat sorang awek ni je..hehe..ttibe terkenang beliau plak..ahaha..

Then aku dapat selection masuk ke SUKMA pada tahun 2002 dan aku terpilih ke SUKMA 2002 di Sabah..yang ni baru la aku tahu macam mana seseorang atlet itu dilayan..dari segi makanannya, semua dijaga..makan usah cakap la kan..memang la macam-macam makan..tapi training pun memang setimpal..:D

Satu cara training yang coach aku pernah ajar..dalam jarak 70meter..shoot pejam mata ke arah target..Kalau nak aku cerita A-Z pasal memanah..memang satu hari pun tak abis..nak ajar orang pun boleh..cuma aku je tak nak..sebab ajar FREE amat tak best..kering tekak je..nak mengajar pun kena ada qualified sijil dari NAAM (Persatuan Memanah Kebangsaan) yang mana boleh je aku nak pergi kursus sebab kekawan aku kat Majlis Sukan Negara tu boleh je nak roger buat kursus kat sini..:D Disebabkan malas nak berpanas lagi..so aku batalkan hasrat tu..:D

Lepas SUKMA 2002, performance aku drop..malas dan kecewa punya pasal kot..masuk tournament open je..kenangan paling sweet kami satu team adalah masuk Kejohanan Memanah Terbuka Malaysia di Alor Setar,Kedah yang mana team Perak tewaskan team tuan rumah dengan hanya satu point perbezaan..waduh..kenangan paling sweet..:D

Sekarang ni aku nak shoot balik boleh je..tapi takde kemampuan..sebabnya peralatan tu kalau nak shoot…mau makan RM4000-RM10,000 seorang..so lebih baik aku shoot guna kamera..dan dapat hasilnya..tunggu la nanti kalau ada duit lebih..boleh la shoot dengan kekawan yang lain…katanya nak buat reunion shoot balik…

Apa yang best kawan memanah ni..walau jumpa di mana-mana tournament kebangsaan, dah macam adik beradik berkawannya..dan kawan dalam sukan ni..ada di seluruh Malaysia..paling best dapat kenal awek Sarawak dulu..ehem..jumpa last tahun 2006 rasanya..makin cun plak beliau..tak sangka masih kenal aku masa tu..hehee..Siti Zahrin namanya..rasanya beliau dah kawen kot..:D Kebanyakan kekawan aku dah pernah wakil Malaysia dan siap masuk Olimpik Athens, Beijing lagi..tapi takpe la..bukan senang nak jadi atlet memanah negara..top 10 rank dalam dunia plak tu kan..:D

Panjang lebar plak aku bebel pasal kenangan Memanah aku ni..ni semua Blogger Popular ni punya pasal..:D..Kalau korang terer..cuba cari dalam gambar yang aku letak tu ada gambar seorang Artis Popular Malaysia..sekarang ni apa cite tah..:D Hintnya…Akademi Fantasia.:D

Kejohanan Hoki Piala Asia 2013
Kenangan Raya

26 Comments

  1. haniekunie July 24, 2013
    • reez July 24, 2013
      • haniekunie July 24, 2013
        • reez July 24, 2013
          • haniekunie July 24, 2013
  2. Anuar July 23, 2013
    • reez July 23, 2013
  3. ejam July 23, 2013
    • reez July 23, 2013
  4. reez July 23, 2013
  5. fyna July 23, 2013
    • reez July 23, 2013
  6. Hafizul July 23, 2013
    • reez July 23, 2013
    • reez July 23, 2013
  7. titan July 23, 2013
    • reez July 23, 2013
  8. Bro Framestone July 23, 2013
    • reez July 23, 2013
      • Bro Framestone July 23, 2013
        • reez July 23, 2013
  9. terbaek network July 23, 2013
  10. kakiblog July 23, 2013
    • reez July 23, 2013
  11. akubiomed July 22, 2013
    • reez July 22, 2013

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.