Kenapa Ramai Orang Suka Beli Kamera DSLR?

Kenapa ye ramai orang suka beli kamera DSLR?

Kamera DSLR ataupun dengan kata lainnya adalah kamera jenis Digital Single Lens Reflex yang mana memang diketahui oleh ramai orang akan kualiti gambar yang dihasilkan oleh sesebuah kamera DSLR ini. Tetapi adakah kamera handphone tidak secantik gambar DSLR? Jawapannya Ya ataupun Tidak. Tak ramai yang mampu membeli kamera handphone yang setaraf cantiknya kualiti pada DSLR.

Kenapa Ramai Orang Suka Beli Kamera DSLR

Tetapi apakah agaknya sebab utama ramai orang lebih gemar membeli kamera DSLR daripada kamera jenis kompak ataupun kamera digital biasa yang seperti kotak mancis tu? Ada banyak sebab sebenarnya…antaranya adalah seperti:

1.Kamera DSLR  kualiti gambarnya dijamin cantik dan puas hati apabila gambarnya ditatap di Facebook ataupun di skrin komputer.

2.Kamera DSLR boleh buat efek ‘bokeh’ yang mana tidak semua kamera boleh membuatnya. Iaitu efek jelas di depan dan kabur dibelakang. Kalau tak tahu, boleh rujuk gambar di atas ni.

3.Memegang kamera DSLR ke sana ke mari kelihatan seperti profesional dan lebih kacak di mata gadis-gadis dan gadis-gadis yang membawanya pula kelihatan lebih bijak dan mungkin berseni..ini agak aku le..:P

4.Ada DSLR boleh menghasilkan gambar yang cantik seperti gambar landskap, gambar serangga kecil dan juga gambar gadis-gadis cantik.

5.Ada DSLR boleh buat bisnes fotografi, tidak kiralah bisnes fotografi perkahwinan, ataupun bisnes fotografi event-event korporat. Asalkan boleh buat duit daripada kamera yang dibeli.

Jika sebabnya beli DSLR adalah untuk menjana pendapatan daripada bisnes fotografi, ini adalah seorang pembeli DSLR yang bijak. Tetapi jika hanya untuk menangkap gambar famili bercuti, ianya tidak sesuai kerana kamera DSLR agak sukar untuk disimpan kerana memerlukan penjagaan yang rapi. Tidak seperti kamera kompak, kamera DSLR tidak boleh disimpan di dalam poket ketika anda sedang travel dan ianya akan menyusahkan anda dan jika ianya berat, anda mudah letih dan berasa tidak selesa sewaktu perjalanan selain risiko daripada hilang kerana kamera DSLR sentiasa menjadi tumpuan mereka yang panjang tangan.

Kalau nak tahu semasa aku sendiri mula-mula membeli kamera DSLR, adalah untuk buat bisnes fotografi perkahwinan. Selain sebab itu, aku sendiri tertarik untuk membuat gambar efek bokeh. Boleh katakan setiap gambar semuanya nak buat efek bokeh sedangkan asas penggunaan DSLR diabaikan sama sekali.

Drybox

Ini sebenarnya merupakan sebab-sebab utama kenapa ramai orang lebih suka membeli DSLR..selepas 3-4 tahun kamera DSLR tersebut dijual ataupun disimpan sehingga dihinggapi fungus atau kulat yang akan merosakkan kamera. Untuk pengetahuan, kamera DSLR hendaklah disimpan di tempat yang kedap udara supaya pembiakan fungus tidak merebak ke lens dan juga sensor kamera.

Sensor kamera merupakan nyawa kepada kamera DSLR, jika ianya rosak, lebih baik korang beli kamera DSLR yang baru. Jadi jika korang nak beli kamera DSLR dalam tempoh masa yang lama, pastikan penyimpanannya dibuat dalam bekas kedap udara ataupun belilah Drybox yang mana kualiti udara di dalamnya sentiasa dijaga dan kamera DSLR dan juga lens yang disimpan tidak akan terkena kulat atau fungus ini. Bayangkan jika korang beli kamera DSLR berharga RM5000.00 dan rosak akibat fungus..tentu perit rasanya bukan?

Jadi simpan kamera DSLR anda di tempat yang betul dan bukannya di dalam beg. Simpan di dalam beg dalam tempoh yang pendek sahaja jika korang keluar dan perlu membawa kamera. Selepas selesai, simpan semula di dalam drybox atau bekas kedap udara yang telah korang sediakan.

Lensa Kamera Apa Nak Beli?
Panduan Lengkap Jadi Jurugambar Perkahwinan

12 Comments

  1. Illa April 13, 2016
    • reez April 13, 2016
  2. Hamacaan April 5, 2016
  3. olaoli April 4, 2016
    • reez April 4, 2016
  4. JebengOtai ™ April 4, 2016
    • reez April 4, 2016
  5. saps March 29, 2016
    • reez April 1, 2016
    • reez April 1, 2016
  6. titan March 27, 2016
  7. akubiomed March 27, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.