Kerja Jadi Translator Buat Duit Part Time

Berita baik la aku nak cerita kat korang yang terer English. Ini khas untuk mereka yang pandai English. Kalau nak tulis blog dalam English pun masih merangkak-rangkak lagi, rasanya korang payah nak jadi translator. Kecuali la korang mahir dalam bahasa lain la kan. Tapi memandangkan USD yang dah semakin tinggi nilainya ni, korang yang masih belajar kat universiti tu boleh buat duit part time dengan kerja-kerja jadi translator ni. Daripada korang buang masa sana-sini, baik korang buat kerja simple ni kan. Jadi translator freelance.

Jadi Translator Freelance

Sebelum pergi lebih jauh, elok rasanya korang kenal, apakah skop kerja utama bagi seorang penterjemah ni ataupun translator dengan nama englishnya kan.

Tugas utama seorang penterjemah adalah menukar satu bahasa ke bahasa yang lain. Translator bekerja dengan bahan bertulis manakala bahasa pertuturan di terjemah oleh juru bahasa. Dengan peningkatan ekonomi muitinasional, permintaan untuk penterjemah meningkat dengan mendadak sekali.

Sebagai seorang translator, anda bertanggungjawab untuk memastikan kandungan dokumen di sampaikan dalam maksud yang betul dan dapat di fahami oleh pembaca. Ia bukan sekadar menterjemah perkataan, tetapi keseluruhan ayat dengan betul.

Jadi tugasnya memang amat penting sekali. Kalau tersilap terjemah, habis semuanya sekali. Paling bagus kalau ada yang dapat menyusun gaya bahasa yang cantik mengikut tatabahasa yang sesuai. Itu lebih cemerlang la orang kata. Tapi kerja sebagai seorang penterjemah ni susah nak cari kalau tak tahu kat mana sumber utamanya. Kalau tengok iklan-iklan jawatan kosong pun, memang payah nak cari..saingan plak tu amatlah tinggi.

Klik Untuk Jadi Salah Seorang Penterjemah Bebas

Dunia yang dah semakin ke arah dunia sosial seperti blog, Facebook, Twitter, dan sebagainya menambahkan lagi peluang korang untuk menjadi translator atau penterjemah berbayar yang sentiasa diperlukan oleh syarikat-syarikat yang memang amat memerlukan kemahiran menterjemah ni. Jadi korang tak perlu risau dengan bayaran, sebabnya syarikat-syarikat ni memang dah sediakan bajet khas untuk kos menterjemah. Kesannya sangatlah besar kepada syarikat tersebut, jika maklumat yang ada tidak dapat disampaikan dengan baik, tambahan pula dengan gaya bahasa masyarakat tempatan itu sendiri.

Dah buat kerja, kena la ada upahnya bukan?

Berapa Upah Bagi Seseorang Penterjemah?

Mungkin ini part paling menarik sekali untuk diceritakan. Upah untuk kerja seorang translator ini biasanya berdasarkan bilangan perkataan. Biasanya sehingga USD15.00 – USD75.00 bagi satu-satu projek. Tetapi mungkin ada yang lebih. Mungkin hanya 1000 patah perkataan, setiap satu perkataan korang caj cuma USD0.10, kira sendiri berapa income yang korang boleh dapat dengan hanya 1 artikel 1000 patah perkataan…best kan?

Dapat projek dalam 1-3 projek sebulan, korang dah boleh senyum tiap-tiap bulan dengan kerja yang korang buat diam-diam je depan laptop. Macam korang buat assignment la kan..dah siap assignment, korang dapat markah, tapi ini lagi best, sebab korang dapat duit..dalam USD plak tu…

Minat nak jadi salah seorang penterjemah?

Klik Kalau Nak Jadi Salah Seorang Penterjemah Sekarang

Tak ramai yang buat kerja ni, jadi memang peluang besar bagi korang nak dapatkan projek-projek yang ada tu sebelum ramai lagi daftar untuk kerja yang sama. Nanti kalau lambat, korang yang rugi, cepat tekan link tu dan daftar segera. Peluang buat duit depan laptop ni…

Kerja Sebagai Online Translator Di Rumah
Download Rujukan Peperiksaan Online Pereka B17

13 Comments

  1. nafsu suami September 7, 2015
  2. Hero Borneo August 25, 2015
  3. sabree hussin August 25, 2015
  4. Uncle Zuan August 23, 2015
    • reez August 23, 2015
  5. saljuhumairah August 23, 2015
  6. Jie Susanos August 22, 2015
  7. Travelog Siti August 22, 2015
  8. Amir August 21, 2015
  9. Noriza Rahman August 20, 2015
    • reez August 20, 2015
  10. sensasi2020 August 19, 2015
  11. Azzahairi August 18, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.