Kisah Perjalanan Ke Sepetang Bersama Blogger 2014 Part 2

Kisah Part 1 aku dah ceritakan..Nampak macam agak panjang, tapi aku tengok balik macam pendek je plak. Sebab mungkin masa tu aku agak penat kot. Kali ini mungkin agak panjang untuk korang baca. So silalah bersedia bagi yang tunggu episod kedua ni ye.

Sampai je aku kat stesen Raja Chulan tu, aku pun turun dan konon dengan menggunakan kecanggihan teknologi Google Navigation, aku confirm takkan sesat. Tambahan plak aku berada di kawasan memang center of KL..ececeh..So aku terus la search Hotel Al-Jafs, iaitu hotel yang aku menginap tu. Kalau korang nak tengok mana rupa hotel tu, boleh tengok gambar kat bawah ni ha..aku ambil menggunakan telefon pintar sahaja.. 😀

Pengalaman-Menginap-di-Hotel-Al-Jafs

Hotel-Al-Jafs

Pintu Hotel, Malam-malam ada guard akan bukakan pintu..:D

Aku tempah hotel ini menggunakan Agoda yang mana sebelum ni aku pernah datang ke PJ untuk event Buat Duit Dengan Blog aritu, aku menggunakan perkhidmatan Agoda ni juga. Setakat ini memang aku puas hati je, cuma mungkin aku tak cukup baca review kot..Dalam description tu, dikatakan berjalan kaki lebih kurang 5 minit je dari stesen tu..

hotel-istana

lorong-ke-hotel-al-jafs

Lorong ini menuju ke hotel Al Jafs

Restoran-berdekatan-Hotel-Al-Jafs

Restoran Tempat Aku Makan Malam tu…

Ingat tak aku kata aku mencari hotel menggunakan Google Navigation? Lebih kurang 6.45 petang aku sampai di stesen monorail Raja Chulan, pukul 7.15 aku belum jumpa lagi hotel tu sebab takde pun signboard hotel tu kat memana..yang aku jumpa adalah Hotel Istana, yang memang dekat betul dengan stesen tu. Dalam hati aku…baik aku tempah Hotel Istana..tapi…entah berapa plak satu malam nak tido kat situ..kot bajet aku masa tu kencang, boleh la juga cari hotel yang macam Hotel Istana tu..kan..

So lebih kurang 7.30 malam, aku pun sampai ke hotel tu dengan keadaan berpeluh..mak ai..punya la panas cuaca..biasa la..sekarang kan musim panas. Aku jumpa hotel ni pun sebab aku tanya salah seorang pemandu teksi yang ada di tepi jalan tu sebab aku dah pening plak tengok Google Maps ni..banyak sangat simpang dan blok bangunan..ke depan, ke belakang aku..Dah la hari makin gelap..penat pun ye juga..

Setelah jumpa hotel, aku check in. Takde deposit pun kena letak. Terus je kaunter tu kasi kunci dan juga Wifi Password..Fuh..dan dia ingatkan aku…Breakfast pukul 8.00 pagi ye…Waa..aku terkejut gak, sebab aku tak perasan ada disediakan sarapan pagi.

Masuk je hotel…aku pun snap gambar-gambar..korang tengok gambar-gambar kat dalam bilik hotel ni..Hotel bajet je, bagi aku puas hati..bersih dan juga menyakinkan..:D

Pengalaman-Menginap-di-Hotel-Al-Jafs

Pengalaman-Menginap-di-Hotel-Al-Jafs

Pengalaman-Menginap-di-Hotel-Al-Jafs

Dah tengok bilik air ni..memang masa untuk mandi lah..panas panas ni..lama juga aku dalam bilik mandi ni sebab panas..fuh…air plak berkelajuan tinggi. Memang nikmat je mandi dalam keadaan penat. Lagi best lepas keluar je bilik air, kena plak air cond..fuh…rasa dingin je…

Kisah Selepas Mandi…

Selepas mandi, perut plak terasa lapar…hoho..masa aku nak check in, sempat la aku skodeng-skodeng mana la tempat makan yang ada..Alhamdulillah, depan hotel ni ada banyak juga la restoran untuk pergi makan. Takde la rasa jauh nak pergi beli. Time panas-panas gini memang air la yang menjadi pilihan utama..

Aku pun turun dari hotel..Kejutan budaya sekejap aku tengok keadaan pada waktu malam. Rasa macam aku berada di negara lain. Betul ke aku kat Malaysia sekarang ni. Sebab aku tengok sekeliling dipenuhi dengan warga asing..kedai makan yang aku pergi tu, aku hairan..sebab semuanya disitu adalah lelaki..hurm..takkan takde perempuan..dan warna kulit pun lebih kurang sama je..macam ala-ala Arab gitu..Aku dah rasa tak sedap je nak lepak lama-lama kat kedai tu sebab macam ada orang perhatikan aku je.

Menu makan pun macam tak menepati selera aku…memang macam Arab + Mamak…adeh..tapi kuantiti nasi memang amat banyak. Tapi disebabkan aku memang kurang selera nak makan sebab suasana kat situ…aku pun cepat cepat makan dan pergi bayar..sempat aku pergi kat peti sejuk kat situ dan ambil dua botol air untuk bekalan kat atas hotel tu..

Aku pun bayar dan naik semula ke hotel dan pujuk diri sendiri dan mula online dengan menggunakan wifi free yang disediakan. Memang laju dan tak disangka gitu..Sebab banyak hotel aku tengok, banyak yang mempunyai sambungan Wifi yang sungguh dukacita. Hotel ni memang bagus dari segi suasana dalam hotelnya. Bersih, kemas dan juga cantik.

Lewat Malam Di Kuala Lumpur

Malam tu aku plan nak tido je lepas kejadian tak best yang aku alami tu..tapi member aku dari BloggerPerak ni, Hani nama dia..macam kesian plak kat aku. Datang hotel aku tu dan terus Whatsapp aku katanya dah sampai depan hotel. Terkejut kejap aku…sebab tadi rasanya baru sembang ngan dia kat fon..adeh..disebabkan dia dah datang, nak ajak lepak katanya. Dah sampai..kena la aku turun dan aku masuk je kereta…” Jom bawak aku pegi makan”….hahaha..lapar balik aku plak..Mesti beliau tahu kat mana tempat makan best kan..hehe..

Aku ngan Hani pun ke Wangsa Maju, sebab nak makan sekali ngan Puan GKSB yang mana salah sorang blogger dari Blogger Utagha tu..katanya dia tahu kat mana ada kedai sedap tu. Bawah stesen LRT katanya..lincah terus la kesana dan aku terus order Tom Yam..katanya memang ‘kaw’ tom yam kat situ..Setelah rasa, memang sedap..tak sempat nak snap gambar sebab dah lapar sangat..

Lebih kurang pukul 1.00 pagi, kami pun gerak balik dah..kesian jugak Hani tu nak drive balik ke rumah dia plak pepagi buta..katanya takpe..dah biasa..dia ni gile sikit orangnya..ahaha..So sampai je bilik hotel, aku pun kekemas barang untuk dibawa ke SBB2014 tu.

Esok Pagi Apa Cerita Plak?

Esok pagi aku plan nak gerak awal sebab takut lewat ke sana disebabkan takut sesat lagi nak ke stesen tu. Entah kenapa…rasanya tak sampai 5 minit aku berjalan ikut lorong (seperti dalam gambar) tu…dah sampai ke stesen monorail Raja Chulan tu..ahaha..gelak sesorang aku. Apa yang lagi best, nak ke Stesen Monorail Bukit Nenas tu cuma hanya turun stesen seterusnya je..ala..dekat je rupanya..tapi bila naik train..imagine balik jalan…memang jenuh la kalau jalan kaki..ahahaa..

Dah sampai stesen tu aku macam konpiden je Saloma Bistro tu dekat je dengan stesen tu. Aku melilau lagi nak mencari jalan ke Saloma Bistro tu. Memang ke depan ke belakang aku dibuatnya Google Navigation ni..ahaha..Malas nak pikir banyak..aku terus tahan teksi..ke Saloma Bistro…masuk je, meter tu terus baca RM3.00…biarlah..RM3.00 bagi aku ok jelah..asalkan aku tak penat dan sesat larat dibuatnya kan..

Peluh aku tak sempat kering lagi dalam teksi tu…bedesup dah sampai..lepas satu trafik light je..Abang driver tu tanya..nak masuk dalam ke? Aku dengan konfiden jawab..takpe..luar tepi jalan pun takpe..:D Keluar je dari teksi..melilau lagi…eh..mana bangunannya? Kena tipu ni aku dengan brader teksi tu…ahaha..

Rupanya..ada kat seberang jalan sana….hampeh..kena melintas lagi..tau tadi aku suruh dia masuk je…taklah aku penat nak menapak..ahaha..bengong.

Dah sampai ke SBB2014 dan lokasinya di Saloma Bistro tu….fuh…last part…aku cerita tentang semua blogger yang aku jumpa….ok, jangan lupa eh..Tungguuuu…:D

Sepetang Bersama Blogger 2015
Kisah Perjalanan Ke Sepetang Bersama Blogger 2014 Part 1

11 Comments

  1. reez March 15, 2014
  2. Yuyu Atiqa March 14, 2014
    • reez March 14, 2014
  3. hazman aka species1980 March 14, 2014
    • reez March 14, 2014
  4. hasrulhassan March 14, 2014
    • reez March 14, 2014
  5. mrhanafi March 14, 2014
    • reez March 14, 2014
  6. akubiomed March 14, 2014
    • reez March 14, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.