Labur Saham Atau Labur Emas Lagi Untung?

Labur Saham atau Labur Emas Lagi Untung ye?

Soalan ni mesti ramai yang bertanya. Biasanya yang bertanya ni kebanyakannya nak dapatkan duit dalam masa terdekat atau ingin melabur dalam jangka masa pendek sahaja atau senang cerita..nak kaya cepat!

Labur Saham Atau Labur Emas Lagi Untung

Tapi betul ke kalau nak cepat kaya kena labur saham atau labur emas?

Sebenarnya bagi kedua-dua cara tersebut ada juga baik dan buruknya bergantung kepada matlamat sebenar pelaburan yang dibuat tu.

Jika tujuan pelaburan dibuat adalah untuk CEPAT KAYA, aku rasa lebih baik korang buang cepat-cepat niat tu dan betulkan kembali niat tu.

Yup…memang korang boleh KAYA….kalau betul cara dan etikanya kerana kedua-dua skill pelaburan bagi saham dan juga emas ini ada taktik dan juga gayanya yang tersendiri.

Ada yang lebih kepada teknikal…dan ada juga yang mendapat keuntungan dalam jangka masa yang pendek atau panjang. Bergantung juga kepada nilai modal yang korang laburkan.

Orang Kata Labur Saham Lagi Cepat Untung, Betul ke?

Ramai yang kata melabur saham di Bursa Malaysia ni untuk orang kaya-kaya je. Dalam masa sehari je dah boleh kaya raya dengan nilai keuntungan yang sangat tinggi.

Melabur saham ini tidak sama ye dengan melabur di Amanah Saham. Jom aku terangkan serba sedikit perbezaannya.

Teknik Labur Saham Terbaik Di Malaysia

Saham Bursa Malaysia

Apabila korang membeli saham di Bursa Malaysia bermakna korang sudah membeli pegangan di dalam syarikat berkenaan dan korang juga menjadi sebahagian daripada syarikat tersebut.

Jika ada keuntungan berupa dividen dan hasil penjualan saham, korang akan mendapat keuntungannya bergantung kepada nilai saham pada ketika saham itu dijual ataupun nilai dividen yang telah dikira.

Masa untuk menjual atau beli saham syarikat tersebut bergantung kepada korang sendiri sama ada korang mahu menjualnya pada esok hari ataupun ingin menyimpannya sehingga beberapa tahun.

Tak perlu tunggu sehingga penghujung tahun untuk menjual saham tersebut.

Saham Amanah Saham

Contoh Amanah Saham adalah seperti ASB, ASW 2020 dan sebagainya. Nilai saham yang korang beli itu akan dilaburkan oleh kerajaan atau badan yang dilantik ke mana-mana tempat yang dirasakan boleh untung.

Pada setiap penghujung tahun nilai dividen akan diumumkan kepada pemegang saham. Biasanya nilai dividen kurang daripada 8% sahaja setiap tahun.

Sama juga seperti saham Bursa Malaysia, korang boleh jual nilai saham pada bila-bila masa untuk mendapatkan wang tunai. Cuma yang membezakan nilai dividen rendah berbanding dividen untuk syarikat di Bursa Malaysia.

Biasanya pelaburan yang dibuat adalah pelbagai bergantung kepada badan tersebut. Jadi korang pun sebenarnya tidak ada kuasa untuk melihat dimanakah duit korang itu dilaburkan..hehe.

Ok cukup cerita pasal saham..so bagaimana pula dengan pelaburan emas?

Walaupun melabur saham agak teknikal berbanding melabur emas, tetapi melabur emas ini sedikit unik berbanding pasaran saham.

Teknik untuk melabur dalam emas mungkin sedikit berbeza daripada teknik melabur saham. Korang tidak perlu membuka Akaun CDS untuk memulakan pelaburan saham, tetapi boleh mula untuk melabur emas dengan 1 gram yang pertama serendah RM190++ sahaja.

Jika nak tahu lebih lanjut tentang pelaburan saham, korang boleh dapatkan Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas ini. Mungkin boleh membuka mata korang dengan lebih jelas lagi tentang dunia pelaburan emas di Malaysia.

Buat Duit USD Dengan AliExpress
Guna Tiny Invoice Untuk Bisnes Dari Rumah

3 Comments

  1. Syakilla Azam July 24, 2017
    • reez July 24, 2017
  2. RAIHANAH AHMAD May 12, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.