Limited Storage Akaun Google Anda

Sebenarnya info ni aku baru je tahu yang setiap pengguna akaun Google hanya dapat menggunakan storage akaun Google mereka sebanyak 15GB sahaja.

Kalau dulu semasa mula-mula daftar akaun Google, akaun Gmail akan bertambah space storage dari semasa ke semasa mengikut penggunaan dan juga login. Tapi kini tidak lagi.

Limited Storage Akaun Google Anda

Google telah mula limitkan akaun Google anda terhad 15GB sahaja bermula Disember 2016 lagi. Nampaknya aku tak update sangat pasal ni..aahaha..

Nasib baik storage pun banyak lagi, dan ada banyak akaun Google. Kalau korang tengok gambar kat atas tu, aku baru pakai dalam 65% storage yang dibenarkan.

Jadi kalau korang ada emel-emel lama yang boleh didelete tu, baik delete kan je daripada simpan dan penuhkan storage yang ada.

Storage Ini Untuk Semua Ke?

Limited Storage Akaun Google Anda

Rasanya kalau korang menggunakan Blogger.com ianya juga akan digunakan sebagai salah satu storage dimana disitu disimpan segala gambar yang korang telah letakkan di blog.

Bermakna host untuk Blogger.com hanya limited kepada 15GB sahaja. Betulkan kalau silap ye..setakat ni aku tengok memang limited untuk 15GB termasuk dalam Google Photos.

Untuk menambahkan storage korang tu, korang perlulah bayar secara bulananĀ atau tahunan iaitu:

100GB storage – RM84.99 setahun / RM8.49 sebulan

1TB storage- RM429.99 / RM42.99 sebulan

dan ada banyak lagi pakej yang ada korang boleh lihat sendiri melalui emel masing-masing.

Jadi kalau korang sebagai blogger tu nak lebih serius dan mungkin rasa ada matlamat yang jelas dalam berblogging ni, boleh fikir dah untuk ambil hosting.

Tapi semuanya terpulang kepada korang, kalau rasa senang dengan 15GB storage tu je, takde masalah, delete je lah mana-mana yang tak perlu. Tapi kalau gambar-gambar kat blog tu hilang, jangan menangis dah le..ehehe.

Orait, cuti sekolah nak abis dah..sape yang sekolah tu padan muka korang nak masuk sekolah balik, aku je baru nak cuti..nak balik JB malam ni..ok bai bai..

 

Masalah Modem Streamyx Selalu Restart
Belajar Atau Nak Kerja Terus Lepas SPM?

12 Comments

  1. Perawat Islam April 13, 2017
  2. Suriya Majid March 30, 2017
  3. ros March 30, 2017
  4. Raisha March 29, 2017
  5. dukenaim March 28, 2017
  6. zool March 27, 2017
  7. Wan Syahida March 26, 2017
  8. ahmadyani March 25, 2017
  9. dedauncomel.com March 24, 2017
  10. titan March 24, 2017
  11. zik March 23, 2017
  12. Detik Instax March 23, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.