Masalah Kereta Saga BLM Mati Tiba-Tiba

Masalah Kereta Saga BLM mati tiba-tiba. Memang masalah ini pertama kali sebenarnya terjadi pada aku. Pada 27 Ogos lepas kereta Saga BLM aku tiba-tiba je mati sendiri.

Nasib baik pada masa tu aku bawak kereta di kawasan perumahan dan sempat la bawa kereta aku tu ke tepi sedikit supaya tak mengganggu lalu lintas.

Masalah Kereta Saga BLM Mati Tiba Tiba

Kalau kena pula mati enjin di tengah highway atau di jalan raya yang sesak, memang satu perkara yang sangat mengharukan.

Apabila kereta mati, muncul simbol bateri kereta. Jadi aku syak ada masalah pada bateri. Masa tu agak panik juga, terus teringat Bateriku.com. Cari nombor telefon di ruangan search di Facebook dengan kata kunci “Bateriku.com Ipoh”.

Aku telefon dan katanya akan sampai dalam masa setengah jam lagi. Keadaan masa tu waktu tengah hari terik, nasib baik juga la kan ada tempat teduh nak menunggu.

Elok ejen Bateriku.com sampai je, terus cuba untuk start enjin dan ajaibnya boleh plak start kereta. Memang hairan sungguh. Sebab lepas je mati enjin, aku cuba start beberapa kali memang tak boleh.

Jadi ejen Bateriku.com buat pemeriksaan bateri dan katanya masih dalam keadaan elok lagi. Aku cuma ucapkan terima kasih kerana datang dan aku pun bergerak balik ke rumah.

Pada 29 ogos iaitu pada hari semalam, aku nak balik dari kerja. Masa kat tempat parking lagi.

Baru je masuk gear satu, tiba-tiba kereta mati sendiri lagi…mula rasa menyesal sebab tak ke bengkel kereta nak check masalah hari Ahad tempoh hari..hahaha..

Sebenarnya balik dari kejadian tempoh hari aku ada la Google kot kot ada juga owner Saga BLM yang lain pernah menjadi masalah yang sama dan aku dapat kenal pasti ada dua sebab…

  1. Masalah pada fuel pump.
  2. Masalah bateri.

Jadi mungkin ini antara sebabnya menjadikan kereta Saga BLM aku mati tiba-tiba. So far bateri aku masih dalam keadaan baik dan memang kemungkinan besar adalah masalah fuel pump.

So dengan bantuan sorang rakan aku yang memang sangat expert tentang kereta di sekitar Ipoh ni suggest tukar terus yang original sparepart sebab fuel pump original memang susah nak rosak..kecuali pakai yang bukan original.

Ketahui Panduan Asas Jaga Kereta Anda Di Sini

Tengah hari waktu bekerja tu aku pun ke kedai sparepart tu dan terus beli fuel pump Saga BLM dengan harga RM320++ termasuk GST. Tapi masalahnya kena la pasang sendiri kan kalau beli kat kedai sparepart.

Ini merupakan salah satu cara sebenarnya korang nak jimat dengan lebih banyak lagi. Dulu masa aku pakai motosikal, memang rajin datang kedai sparepart, sebab kebanyakan barang aku boleh pasang sendiri dan harganya jauh lebih murah.

Banyak barang korang boleh beli sendiri dan dapat yang original seperti spark plug, fuel pump, minyak pelincir ke, gasket atau banyak lagi barang-barang yang mungkin korang boleh pasang sendiri. Itu pun kalau korang tahu macam mana nak pasang.

Lepas beli fuel pump ni, aku cuba cari kedai yang boleh pasangkan fuel pump ni sebab aku pun tak tahu mana lokasinya yang sebetulnya nak pasang.

Aku pergi kedai yang besar sikit dan memang dia tahu cara nak pasang, tetapi upahnya berbeza, sebab dia tak pernah lagi pasang untuk kereta Saga BLM. Jadi kena tengok dulu la kan.

Ada sesetengah kereta fuel pumpnya berada di antara tank minyak dan tidak mudah untuk menukarkannya. Kena turunkan tank  minyak dahulu dan ambil masa juga serta upah pasang dah tentu cajnya berlainan.

Upah pasang ni kira macam ‘labour charge’ la kalau korang rajin ke bengkel kereta. Kalau bengkel biasa, murah je tak macam pusat servis kereta jenama berkenaan.

Alhamdulillah, mudah je nak pasang fuel pump untuk Saga BLM, dan cajnya tak mahal mana pun dan boleh siap dalam masa 20 minit je.

fuel pump saga blm

Aku pun tunggu sekejap dan bayar upah pasang je untuk fuel pump berkenaan. Korang boleh tengok mana rupa fuel pump berkenaan kalau tak pernah tengok. Ini rupa fuel pump yang telah dikeluarkan daripada atas tangki.

Lokasinya betul-betul dibawah seat penumpang belakang.

Seminggu dua ni fuel pump ni masih lagi dalam tempoh percubaan. Kalau masih lagi masalah yang sama berulang. Maka kena pergi ke bengkel kereta untuk scan apakah masalah utamanya. Kawan aku syak masalah starter kalau bukan masalah fuel pump.

Doakan moga semuanya selamat…

Next task untuk kereta ni adalah tukar timing belt…….jadi bersedialah dengan duitnya…hahah..

Menang Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest

15 Comments

  1. nikkhazami September 9, 2017
  2. ahmadyani September 9, 2017
    • reez September 9, 2017
  3. titan September 7, 2017
  4. ejadual September 6, 2017
  5. Hafiz Rahim September 6, 2017
  6. Khir Khalid September 5, 2017
    • reez September 6, 2017
  7. raihanah September 5, 2017
  8. sabree hussin September 4, 2017
  9. Asyraf Asri September 4, 2017
  10. mrhanafi September 4, 2017
    • reez September 4, 2017
  11. Bahrain September 4, 2017
    • reez September 4, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.