Mat Komik – Komuniti Komik Malaysia

Sudah tentu ramai juga yang minat baca komik bukan? Aku juga merupakan penggemar komik..tapi bukan Manga..dulu aku memang cukup teruja dengan kaya klasik Akira Toriyama iaitu Dragon Ball.Satu demi satu komiknya aku kumpulkan, tapi sekarang ni tak tahu la kemana pergi kesemua buku tu. Majalah Ujang pun dulu aku rajin kumpul, sampai berkotak-kotak komik ada dalam bilik aku dan tempat paling simpan adalah bawah katil.hehe..

Adik aku plak rajin mengumpul komik Misteri Naga. Kekadang dia pun ada beli juga Mutiara Naga tu. Siapa tak kenal dengan Askar Riben Merah yang jahat tu ye tak? Majin Buu, Bezita dan banyak lagi watak komik yang aku rasa korang penggemar komik ni kenal dengan watak-watak best dalam tu. Tapi lepas je sekolah menengah, aku memang dah tak layan langsung komik ni semua. Sebab sibuk bersukan kot masa tu, masa kat Poli dulu, ada sorang kawan aku ni rajin la membeli komik.Kreko memang menjadi favourite dia la setiap bulan. Kos beli komik setiap bulan dekat RM200-RM300. Kagum juga dengan beliau sebab sanggup habis dalam jumlah yang banyak gitu. Kalau dah minat komik ni, memang tak kisah pun kan?

Mat-Komik

Mat Komik Komuniti Komik Malaysia

Mat Komik ni sebenarnya aku ternampak kat wall Facebook je. Salah sorang kawan kolej aku dulu juga merupakan salah sorang penyumbang komik di Mat Komik ni. Nama yang cukup menarik, komik-komik yang dipaparkan kat sini pun best-best belaka. Macam rasa kat Jepun pun. Ada la beberapa komik online yang aku suka seperti BroDon’tLikeThat Bro, Eggy, Cheechingy, Fanikatun dan banyak lagi, tapi komik Bro tu memang aku ada beli versi printed dan juga selalu juga baca kat web pelukis komik si Ernest tu. Korang sebagai peminat komik rasanya janganlah ketinggalan untuk membaca karya-karya anak muda kita yang melukis komik untuk kepuasan diri di samping berkongsi karya kreatif mereka untuk hiburan korang di luar sana.

Siapa Mat Komik?

Mat Komik ialah terma kata yang sering digunakan oleh rakyat malaysia, yang mana merujuk bahawa seseorang itu ‘gila komik’,’kaki komik’ atau ‘pengemar komik’. Justeru itu ‘Mat Komik’ digunakan sebagai nama rasmi laman blog ni.

Isi kandungan blog ini, semuanya mengenai komik malaysia yang mana anda boleh baca secara percuma!.

Tujuan utama blog ini di wujudkan,tak lain dan tak bukan adalah sebagai ‘platform’ pengkarya komik tempatan sama ada amatur,semi amatur mahupun profesional memaparkan serta berkongsi cerita suka/duka/sedih/misteri/isu-isu semasa tanpa ada sekatan mahupun risau tentang jualan.

Laman blog Mat Komik juga dijadikan tempat simpanan/arkib untuk mereka, generasi yang akan datang. Segala isi kandungan laman blog ini akan kekal terus di awan google selagimana ia terus ada.

Prinsip di laman blog Mat Komik, Mudah! kami lebih mementing mesej yang hendak disampaikan daripada kualiti stroke atau kecantikkan sesuatu lukisan itu. Kerana seni itu bebas, dan setiap pembaca mempunyai intrapetasi berlainan tentang sesuatu karya itu. Jadi tidak perlukan kita bertelingkah tentang hal remeh temeh ini. Lebih baik memfokuskan bagaimana untuk memajukan dan membela Komik tempatan ini terus diminati dan segar mengikut peredaran zaman.

Akhir kata, mohon war-warkan kepada rakan anda tentang laman blog ini dan doakan supaya usaha yang kecil ini dapat diberkati oleh Allah.

Kredit: Mat Komik

Apa yang menariknya Mat Komik ni diberikan secara percuma..ya FREE untuk dibaca oleh sesiapa sahaja yang masuk ke web Mat Komik ni. Beberapa komik pilihan yang aku suka baca adalah seperti KotakKomik karya oleh Huzza Tbg (kawan aku ni..ehee)..memang kat kolej dulu mamat ni rajin sangat lukis komik dimana-mana sahaja. Kat buku dia je mesti ada je lukisan komik. Paling best dia dapat membina watak komik yang tersendiri.Fuh, best sungguh kalau dapat buat kartun animasi sendiri..kan?

Banyak juga nama-nama pekomik yang terkenal kat Malaysia ni yang bergerak secara underground, karya mereka jarang orang lihat sebab mereka selalunya ada peminat mereka yang tersendiri. Selalunya mereka bergerak secara underground dan susah juga nak cari karya menarik mereka ni. Tambah plak mereka ada kerjaya tetap sendiri di pejabat, memang susah la kekadang tu nak tengok karya mereka setiap hari. Penat woo lukis ni, nak kasi orang gelak lagi..Aku takde la reti nak buat tu semua..Kreatif sungguh.

Jangan ingat jadi pelukis komik ni tak boleh jadi femes dan juga buat duit..karya mereka boleh sampai ke seluruh dunia tanpa ada batasan. Ramai juga yang menjadi silent reader kalau mereka ada blog dan potensi untuk mereka ni pergi jauh memang ada sebab mereka boleh berdiri dengan sendiri sahaja dengan karya yang ada.

Buku Catatan MatLuthfi Tu Best Ke?
Kisah Guru Tampar Murid

6 Comments

  1. sabree hussin October 17, 2014
    • reez October 17, 2014
  2. titan October 14, 2014
  3. blogger lelaki October 14, 2014
    • reez October 14, 2014
  4. Abdfatah October 14, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.