Menang Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest

Pada 10 Julai yang lalu telah diumumkan pemenang bagi Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest. Tak sangka juga menang tempat kedua bagi contest tu.

Menang Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest

Syaratnya hanya buat satu artikel dengan tema yang telah disediakan bagi tarikh-tarikh tertentu. Pada mulanya macam malas je nak join.

Tapi kalau tak cuba, tak tahu kan? So aku pun try la buat satu artikel iaitu artikel My Ramadhan Home ni. Korang boleh baca sendiri.

Menang Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest

Pemenang tempat pertama memenangi baucar dari Lazada sebanyak RM500.00 yang korang boleh tengok sendiri pada gambar di atas tu.

Aku cuma menang tempat kedua je dengan baucar RM150.00. Siapa nak bagi kan? Jadi aku bagi kat wife aku je nak habiskan baucar tu. Senyum je dia dapat baucar tu.

Buat masa ni, takde la barang yang aku nak beli dari Lazada (walaupun sebenarnya ada). Tapi disebabkan barang tu lebih mahal, beli kemudian la kan.haha..

Memang seronok jadi blogger ni kan, sambil tulis artikel dapat la menang contest ataupun dapat la komisen affiliate ke atau duit daripada advertising.

Itu merupakan antara sumber pendapatan seorang blogger. Cara nak buat duit dengan blog kena la belajar. Apa yang penting sekali adalah konsisten menulis.

Aku pun dah agak jarang update blog ni disebabkan agak sibuk training memanah untuk pertandingan pada bulan September 2017 nanti.

Kena la bersedia dari sekarang untuk memantapkan lagi panahan tu dan juga develop strength yang dah lama takde. Maklumlah, nak keluar pergi jogging tu memang jauh sekali rasanya. Perut pun dah macam makin membesar..haaha.

Jadi kepada mereka yang rasa nak jadi blogger tu boleh juga contact aku untuk personal coaching. Lebih-lebih lagi kalau nak buat duit dengan blog.

Untuk media baru masa kini, blogging sudah upgrade ke dimensi yang baru iaitu beralih kepada Instant Articles ataupun IA.

Ianya lebih tertumpu kepada mobile sahaja dan pendapatan daripadanya lebih lumayan dengar cerita. Aku je tak sempat nak explore lebih lagi. Dengar cerita blog platform WordPress sahaja yang boleh buat IA ni.

Tak tahu pula dengan platform blogger.com. Standard la nak jadi blogger kena juga tahu perkara-perkara teknikal ni lebih kurang supaya tidak ketinggalan jauh dengan blogger-blogger lain.

Apa pun teruskan menulis asalkan korang suka apa yang ditulis tu. Paling penting apa yang ditulis tu dapat memberi satu nilai untuk pembacanya. Walaupun cuma satu maklumat sahaja…kan?

Masalah Kereta Saga BLM Mati Tiba-Tiba
Baju Melayu - Apa Yang Anda Mungkin Tak Tahu

6 Comments

  1. Amirul July 29, 2017
  2. sabree hussin July 27, 2017
    • reez July 27, 2017
  3. nikkhazami July 21, 2017
    • reez July 22, 2017
  4. Anuar July 20, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.