Pakai Apps Kodi Tengok Movie Free

[the_ad id=”3190″]

Zaman sekarang ni disebabkan internet sudah semakin laju, masalah nak tengok movie secara online dah takde masalah lagi. Biasanya kalau speed internet korang dalam 4mbps dan ke atas, takde masalah nak tengok video Youtube tu macam tengok televisyen, mungkin kadang-kadang je buffering tengok kepada line internet. Apa yang penting kalau korang ada Streamyx ataupun Unifi, tak payah nak risau tentang masalah kuota.

[the_ad id=”3192″]

Aku dah upgrade pakej streamyx aku kepada 8mbps daripada 4mbps aritu. Lama juga aku pakai 4mbps tu rasanya sebab connection kat tempat aku baru upgrade ke 8mbps. So aku upgrade je lah, dengan tambahan RM10.00 je daripada pakej asalnya sebelum ni. Dulu sebelum GST, aku bayar pakej 4mbps tu RM140.00 je, sekarang ni pakej 8mbps katanya tambah RM10.00 je lagi so bill jadi RM150 tidak termasuk GST. Kalau termasuk GST tu lebih kurang RM160.00 le sebulan. Jadi itu merupakan salah satu kos overhead aku untuk blog ini dan juga bl0g-blog yang lain supaya dapatlah tampung kos overhead ni selain daripada kos hosting dan juga domain.

Apps Kodi

Macam Mana Nak Install Kodi?

Caranya tak susah pun, kalau korang dah ada Hypptv, korang boleh terus install je daripada My Application yang ada di Hypptv tu ataupun korang boleh je install ke dalam komputer korang je untuk tengok movie daripada PC. Untuk makluman, kalau korang nak download apps ni, korang boleh download daripada website Kodi itu sendiri dan install di PC korang ataupun di Playstore.

Cara Basic Install Kodi Di PC

  1. Login ke https://kodi.tv/download/ dan pilih platform korang. Sama ada korang gunakan Windows ataupun Mac atau mana-mana yang berkaitan
  2. Dah download, install je macam biasa.
  3. Klik pada Settings dan klik pada File Manager untuk download Add On melalui source yang ada diinternet.

Cara install Kodi di televisyen sebenarnya lebih kurang sama je, apa yang tak bestnya adalah korang kena taip pakai remote. Agak tak best dan lambat la sikit nak taip URL web tu kan. Kat atas tu contoh salah satu source yang korang boleh tambahkan dan Add On yang aku pakai cuma Exodus sahaja untuk tengok movie yang banyak-banyak tu. Bukan setakat movie je, semua TV Shows pun ada korang boleh tengok sampai muntah.

Kalau nak lagi detail cara nak install add on atau setting Kodi ni, korang tengok kat Youtube je ada banyak. Sebagai contoh dalam video macam kat bawah ni atau boleh baca di sini.

Kalau korang ada masalah macam yang aku tanyakan di Facebook ni semalam, ini adalah jalan penyelesaiannya. Masalah yang aku hadapi ialah ada kotak biru kat atas tu yang mengganggu pandangan view sepenuhnya. Caranya taklah susah mana pun.hehe..Tu la orang kata kalau malas bertanya sesat jalan, ye tak. Jenuh juga mencari penyelesaian kat internet, last sekali aku tanya kat Facebook je, terus setel masalah tu..:D

Masalah Pada Kodi

Kalau korang takde Hypptv, sebenarnya korang boleh beli Androix Box dan cucuk pada televisyen korang yang support USB tu. Lagi bagus kalau korang ada Smart TV, lagi la senang, tak gitu? Harga Android Box pun bukannya mahal mana pun, ada banyak di pasaran. Sama ada korang nak beli di dalam negara atau boleh beli di AliExpress dengan harga yang murah juga.

Sebagai contoh kalau korang tengok kat bawah ni, daripada Lelong.com.my. Ada macam-macam pakej kalau korang tengok dengan menaipkan keyword Android Box. Harganya sekitar RM150-RM500 la kalau nak beli. Ada yang mahal mungkin sebab memorinya lebih dan ada features seperti Wifi dan sebagainya. Aku dapat FREE je..jadi le kan..hehe..

Android Box

Bagaimana Membeli Barang di Lelong.com.my

Kat AliExpress lebih je aku tengok harganya..

Android TV Box

Cara Nak Beli Barang Dari AliExpress.com

Android Box ni sebenarnya merupakan salah satu niche yang best sebenarnya kalau korang nak buat bisnes. Tengok, dah ada satu peluang bisnes korang boleh dapat dengan baca blog aku je, best kan?hehe..Kalau ada yang minat nak dapatkan Bagaimana Nak Buat Duit Dengan Taobao, bolehlah klik banner kat atas tu dan dapatkan Pakej Rahsia Taobao tu, lagi best dan masyuk sebab harganya lagi murah daripada AliExpress. Margin untung lebih tinggi, siapa tak nak kan?

Diharapkan dapat membantu korang bagi sesiapa yang suka tengok movie dan TV Shows seperti Friends, NCIS ke, CSI ke dan banyak lagi. Channel Sport pun bersepah kat sana..aku je tak tengok.ahaha..

[the_ad id=”3193″]

Gunting - Filem Pendek Best Dari Singapura
Lagu Kun Anta Menjadi Semakin Popular

16 Comments

  1. nikkhazami September 23, 2016
    • reez September 23, 2016
  2. BraderJem July 28, 2016
    • reez July 28, 2016
  3. Amir July 19, 2016
    • reez July 19, 2016
      • Amir July 19, 2016
        • reez July 19, 2016
  4. Anuar July 12, 2016
  5. hafizmd July 5, 2016
    • reez July 5, 2016
  6. Jie Susanos July 5, 2016
    • reez July 5, 2016
  7. reez July 4, 2016
  8. zool July 4, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.