Peluang Buat Bisnes Air Balang Yang Menguntungkan

Musim panas sekarang ni memang ramai yang cepat dahaga. Paling menarik kalau dapat air sejuk yang boleh menghilangkan rasa dahaga yang amat sangat ni.Bulan Ramadan pun dah dekat, jadi dah tentu air balang merupakan salah satu pilihan utama bagi mereka yang nak dapatkan pelbagai jenis air untuk menghilangkan dahaga tu.Ada yang jual air oren, ada air mangga, ada air kelapa laut, ada air honey dew dan banyak lagi jenis air yang rasanya lain daripada yang lain.

Peluang Buat Bisnes Air Balang Yang Menguntungkan

Antara jenis air yang aku selalu beli di bazar Ramadan, aku selalu cari air Honey Dew dan juga Air Jagung. Honey Dew sebabnya setiap kali lepas minum ada bau harum honey dew tu yang aku suka.Kalau air lain rasanya aku lagi suka buat air sarsi je kat rumah. Boleh letak seberapa banyak ais yang aku nak, sebab nak bagi sejuk punya pasal. Sekarang ni musim panas, jarang rasanya aku minum air panas. Minum pun waktu malam je, buat air milo panas ataupun Teh O panas, memang sedap tambah plak kalau kat luar tu hujan renyai-renyai, tak gitu?

Bagaimana Buat Bisnes Air Balang?

Kalau sebut tentang bisnes, dah tentulah memerlukan modal. Apa yang menariknya bisnes air balang ni tak memerlukan modal yang tinggi.Cuma mungkin kos untuk bermula tu kurang daripada RM500.00 je rasanya. Kalau diikutkan kos paling tinggi pun mungkin pada balang air, meja dan juga khemah untuk setup kali pertama meniaga. Balang air tu korang boleh pakai banyak kali. Kalau korang survey di Mudah.my pun ada yang menjual balang air terpakai. Kalau nak beli yang baru mungkin mahal sangat.

Contoh pengiraan kos kali pertama adalah seperti berikut:

Balang Air Terpakai – RM100.00
Meja Lipat – RM100.00
Payung – RM80.00
Ais – RM20.00
Perisa Air – RM50.00

Jumlah kos – RM350.00

Jangan tamak sangat nak meniaga ni buat seorang diri. Mungkin boleh masuk dalam senarai Cara Terbaik Gandakan Modal Sebanyak RM500.00 yang aku pernah tulis sebelum ini. Ini merupakan salah satu peluang terbaik untuk korang gandakan lagi modal sebanyak RM500.00 tu sampai mungkin sehingga RM3K-RM5K..

Wow..betul ke boleh dapat sampai RM5K?

Apa nak dihairankan, ada yang dapat lebih daripada tu. Setakat RM5K tu mungkin sikit je. Ada strategi yang perlu ikut kalau nak berjaya. Kalau ikut sesedap rasa je tanpa pedulikan orang berpengalaman cakap, jangan nak mimpi untuk dapat keuntungan yang berlipat kali ganda.

Klik Kalau Nak Tahu Bagaimana Buat 7K Sebulan Dengan Bisnes Air Balang

Bisnes Ni Dah Ramai Orang Buat, Mana Nak Untung

Walaupun ini merupakan salah satu ancaman kepada bisnes korang kalau korang ada buat SWOT analisis untuk perniagaan balang air ni, tapi itu merupakan ancaman kecil sahaja. Ancaman paling besar sebenarnya adalah bagaimana kreatif untuk korang melariskan perniagaan tersebut.

Ada satu cerita menarik tentang Bisnes Air Balang ini aku nak ceritakan dalam entri seterusnya…kisah bagaimana seorang gadis yang hanya menjual satu jenis air balang sahaja…kagum dengan tekadnya tu..kalau nak tahu, bookmark blog ni dan tunggu entri seterusnya ye…

Klik Kalau Nak Tahu Bagaimana Buat 7K Sebulan Dengan Bisnes Air Balang

Panduan Forex Di Malaysia
Labur Duit Untuk Dapatkan Duit

10 Comments

  1. Dja June 4, 2016
  2. sabree hussin May 31, 2016
  3. Azzahairi May 11, 2016
  4. semak saman May 9, 2016
    • reez May 10, 2016
  5. Tamim May 9, 2016
    • reez May 10, 2016
  6. akubiomed May 7, 2016
  7. nikkhazami May 7, 2016
  8. Anuar May 6, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.