Pengalaman Pertama Kali Menggunakan Uber

Menggunakan Uber bagi korang yang dah biasa mungkin rasa macam sinis je baca entri ni. Tapi nak buat macam mana, aku yang jarang pakai Uber ni nak kongsikan juga apa yang aku rasa.

Pengalaman Pertama Kali Menggunakan Uber

Pengalaman masing-masing kan berbeza. Mungkin boleh jadi rujukan untuk orang yang belum pernah menggunakan perkhidmatan Uber ni.

Pada minggu lepas, habis je dari kerja di ofis, aku terus ke stesen keretapi Ipoh. Naik ETS dari situ ke KL Sentral sebab aku lepas tu nak ke Nilai pula. Destinasi aku adalah The Aston Hotel, Nilai.

Sebenarnya pada mulanya aku nak rasa nak ERL. Tapi aku pun hampir terlupa yang mana ada komuter terus dari KL Sentral. Aku rasa lagi murah berbanding aku gerak daripada Putrajaya ke Nilai.

Aku pun malas nak fikir panjang apabila sampai di KL Sentral, terus je beli tiket komuter ke Nilai. Dari KL Sentral ke Nilai, tiketnya cuma RM7.00 sahaja berbanding RM14.00 kalau aku ke Putrajaya. Mungkin boleh baca entri Perjalanan Jimat Dari KL Sentral ke Putrajaya Sentral.

Disebabkan aku nak jimat punya pasal, maka bersesaklah juga aku dalam komuter tu nak ke Nilai. Lebih kurang 8 stesen aku berhenti sebelum sampai ke Nilai kalau tak silap la kan.

Sampai stesen ke 4 rasanya baru aku boleh duduk disebabkan ramai penumpang keluar ke Bandar Tasik Selatan atau ke stesen TBS masa tu. Rasa lega..fuh..masa tu dah rasa menyesal tak naik ERL..confirm tak ramai orang..haha..

Jadi sampai je di stesen komuter Nilai, aku cuba buka apps Uber dan taip destinasi aku itu iaitu The Aston Hotel. Cis…dekat je rupanya..Kos naik Uber dari stesen komuter Nilai ke hotel cuma RM4.00++ je..huh…

Terus je aku request dan terus aku nampak kereta apa yang ambil aku dalam masa lebih kurang 3 minit sahaja. Memang best rupanya apps ni.

Aku naik kereta Alza warna maroon. Sembang dengan brader Uber ni, dia sebenarnya baru 3 bulan buat Uber dan income pun alhamdulillah katanya. Dia selepas kena VSS company dia, dia takut juga nak cuba, tapi dah biasa ok la.

Dia cuba untuk buat banyak trip pada hujung minggu kerana ramai juga student USIM yang menggunakan perkhidmatan Uber ini di Nilai. Memang dekat pun USIM tu, lebih kurang 3-4 kilometer je daripada hotel aku menginap tu.

Servis brader Uber tu pun best. Siap tolong angkat beg lagi..lepas daripada tu terus aku bagi feedback 5 star untuk beliau. Lagipun murah je. Kalau aku naik teksi waktu tu rasanya kena la juga RM20.00 kot sekali naik.

Banyak juga aku dapat jimat. Bayangkan kalau aku ikut rasa nak naik ERL tu, naik ERL dah RM14.00 dan naik Uber pula dari Putrajaya ke Nilai lebih kurang RM30.00 pada waktu tu..dekat RM50.00 juga kan.

Berbeza kalau aku naik komuter RM7.00 dan Uber RM4.41, kosnya cumaRM11.41 je. Tak sampai pun RM12.00 untuk satu perjalanan. Jadi buat keputusan dengan bijak kalau korang nak kemana-mana.

Kalau rasa nak tambah pendapatan dengan Uber, apa kata korang cuba Panduan Uber ini dan praktikkan supaya korang boleh tambahkan pendapatan sampingan yang lebih lumayan gitu.

Dapatkan Panduan Uber & Jana Pendapatan Lumayan Waktu Lapang

Hurm..event #SBB2017 sudah semakin hampir iaitu pada 13 Mei 2017. Kemungkinan besar aku tak ke sana. Tapi mana tahu tergerak plak hati nak ke sana, tak gitu? Tengoklah nanti kalau ada rezeki, adalah kot.

Hotel yang murah-murah area sana memang dah survey abis dah..cuma masih lagi memikirkan sama ada nak pergi atau tidak je..:D

So korang yang baca ni pergi ke tak #SBB2017? Dengar ceritanya ada malam gala lagi tu…fuh..satu hal lagi nak pakai baju smart-smart ke sana ala-ala artis gitu..haha..orang KL mungkin senang le kan..

Apa pun kepada yang hadir ke #SBB2017 itu nanti, semoga bergembira dan dapat meluaskan lagi network blogger korang kepada mereka di luar sana.

Perjalanan Jimat Dari KL Sentral Ke Putrajaya Sentral

18 Comments

  1. RAIHANAH AHMAD April 25, 2017
  2. riangria April 24, 2017
  3. titan April 23, 2017
    • reez April 23, 2017
  4. wan syahida April 23, 2017
    • reez April 23, 2017
  5. wan syahida April 23, 2017
  6. Safiudin Nordin April 23, 2017
  7. Ejam Othman April 20, 2017
    • reez April 20, 2017
  8. onlajer April 20, 2017
  9. nikkhazami April 20, 2017
    • reez April 21, 2017
    • Olaoli April 21, 2017
  10. Anuar April 20, 2017
    • reez April 20, 2017
  11. Bahrain April 19, 2017
    • reez April 20, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.