Perjalanan Jimat Dari KL Sentral Ke Putrajaya Sentral

Rasanya baru beberapa jam tadi aku ada bertanyakan kawan-kawan di Facebook aku tentang bagaimanakah atau apakah cara paling berbaloi untuk ke Putrajaya Sentral dari KL Sentral?

Antara pilihan yang aku berikan ialah ERL, Uber, Grabcar ataupun lain-lain pengangkutan jika ada. Waktu dijangka aku sampai di KL Sentral adalah lebih kurang 8.30 malam.

Perjalanan Jimat Dari KL Sentral Ke Putrajaya Sentral

Planningnya aku mungkin akan naik ETS dari Ipoh ke KL Sentral tak lama lagi, jadi aku pun nak merancang perjalanan aku ke sana supaya dapat buat anggaran bajet untuk ke sana.

Destinasi akhir aku adalah di The Aston Hotel, Nilai yang mana pada 12 April 2017 nanti aku ada tugas sebagai pegawai teknikal di Kejohanan Memanah Universiti Asia di USIM, Nilai.

Jadi setelah dibuat perkiraan bajet, disebabkan aku tak nak naik kenderaan sendiri, minyak pun dah naik, tambah pula tak tahu jalan dan risau jalan sesak. Aku lebih selesa naik kenderaan awam je. Contoh perjalanan aku ke Sepetang Bersama Blogger haritu.

Bajet yang telah dikira adalah seperti berikut:

  1. Ipoh – KL Sentral – RM35.00 (Naik ETS)
  2. KL Sentral – Putrajaya Sentral – RM14.00 (Naik ERL)
  3. Putrajaya Sentral – The Aston Hotel, Nilai – RM30-RM40 (Uber/Grabcar)
  • Jumlah kos keseluruhan = RM35 + RM14 + RM30 = RM79.00

Itu merupakan kos keseluruhan yang aku perlu keluarkan untuk ke sana nanti. Kalau korang ada planning macam aku juga, lebih kurang macam tu la kosnya. Kalau naik kereta, kena kira tol dan minyak pula nanti kan?

Berapa pula agaknya kalau kos dengan kenaikan harga minyak sekarang ni. Tambah pula harga minyak bertukar pada setiap minggu, ye tak. Tol pun rasanya dalam RM30++ juga sekali pergi.

Naik ETS + ERL + Uber boleh duduk rilek je dalam tu dan boleh tidur dengan tenangnya..haha..

Sebenarnya ada lagi option lagi murah selain ERL, korang boleh juga naik Bas RapidKL untuk ke Putrajaya. Tambang lebih kurang RM3.00 je tapi masa perjalanan tu mungkin lewat berbanding korang naik ERL. Lebih menjimatkan masa.

Macam mana nak kira kos Uber tu?

Caranya tak susah mana pun sebenarnya, kalau korang ada apps Uber di telefon korang, cuba semak sendiri dari tempat pick up dan destinasi korang tu. Begitu juga dengan Grabcar, ada dipaparkan berapakah caj yang akan dikenakan kepada korang.

Bagi Uber, korang juga boleh gunakan website Uber untuk melihat daripada komputer korang jika malas nak guna phone.

  1. TaipkanĀ https://www.uber.com/en-MY/fare-estimate/dan masukkan lokasi yang diinginkan.

Perjalanan Jimat Dari KL Sentral Ke Putrajaya Sentral

  1. Lepas tu korang boleh lihat sendiri caj yang dikenakan. Bolehlah korang agak nak naik kenderaan yang mana satu pilihan kalbu ye.
  2. Kalau ada bajet lebih boleh naik Uber Black, dapat la naik kereta sedap sikit. Mana tahu tiba-tiba ada Ferrari datang ambil korang..haha.

Jadi jangan risau kalau nak kira caj perjalanan. Zaman sekarang pun dah banyak apps yang ada korang boleh download untuk booking semua tiket. Mudah dan pantas.


Jimat masa lagi kalau korang ada kad Touch n Go, mudah nak pakai semasa perjalanan menaiki train nanti. Tapi kalau tiket ETS tu, kena la beli online ataupun beli di kaunter yang disediakan.

 

Pengalaman Pertama Kali Menggunakan Uber
Masalah Modem Streamyx Selalu Restart

9 Comments

  1. Hasrul Hassan April 17, 2017
    • reez April 17, 2017
  2. Adam April 16, 2017
  3. zaza iman April 14, 2017
  4. titan April 14, 2017
  5. Perawat Islam April 13, 2017
  6. RAIHANAH AHMAD April 10, 2017
  7. maizul.com April 9, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.