Produk Hilang Bau Badan Terbaik

Bau badan, bau ketiak…

Dah tentu ramai yang tak nak share yang diri sendiri ada masalah ini termasuklah aku. Tapi orang lain nak tegur pun dah tentu la segan.

Walaupun diri sendiri tahu yang ketiak ada keluar bau yang tidak menyenangkan. Tambah pula kalau berhimpit dengan ramai orang waktu orang balik kerja.

Korang yang naik MRT, LRT tu dah tentu dah lali dengan situasi ini. Tapi nak ke kalau rakan sekerja korang rasa semacam dan tak nak lepak ngan korang disebabkan bau badan korang tu.

Orang perempuan ke orang lelaki ke, sama je. Orang lelaki mungkin kurang segan, tapi kalau orang perempuan, dah tentu sembur minyak wangi sampai rasa nak pengsan. Sebatu dah cium bau minyak wangi dia je.

Rasanya perempuan yang sembur minyak wangi sebotol ini kemungkinan ada masalah bau badan ni, sebab nak cover bau ketiak punya pasal kan.

Produk Hilangkan Bau Badan

Kilistone Hilangkan Bau Badan

Batu Bau Hilang Bau Badan

Pada mulanya memang aku rasa skeptikal la juga, takkan la dengan batu tu je boleh hilangkan bau badan. Bau badan sendiri apabila balik dari kerja memang rasa tak best.

Kalau ada yang tak tahan tu, kena la mandi selalu. Paling tak tahan kalau baru lepas aktiviti senaman ke, main badminton ke, main futsal ke. Bagi yang badan kuat berbau tu, fuh…korang tahu sendiri bau tu macam mana bukan?

Nama produk ni Kilistone. Batu organik ni aku rasa. Disebabkan nak try, aku pun cubalah satu daripada rakan blogger aku juga ni. Ijad..kalau korang ingat blog dia Rohaizad.com.

Nampak dah tak blogging mamat ni sejak kahwin. Mungkin nak cari pendapatan lain yang lebih lumayan,mungkin dah sepi berblogging.

Korang tengok dalam gambar tu, itu la rupa bentuk Kilistone ni. Didatangkan dengan packaging yang cantik dan berkualiti. Siap dapat tuala kecil percuma lagi tu.

Ada sebab tuala tu diberikan, sebab lepas pakai, korang kena simpan batu tu dalam tuala tu supaya tidak menjejaskan permukaan batu tersebut apabila dah berulang kali pakai.

Produk Hilang Bau Badan Terbaik

Cara Nak Pakai Kilistone Hilangkan Bau Badan

1.Cara paling efektif nak gunakan batu ni adalah selepas mandi. Sama ada mandi pagi, ataupun bila-bila masa yang korang nak mandi tu sama ada malam ke, petang ke.

2.Keringkan badan tu dan kalau ada bulu ketiak, bagi clear dulu.

3.Basahkan batu tu dengan air dan sapukan ditempat-tempat yang banyak keluar peluh tu.

4.Biarkan air dari batu tu kering sendiri dan pakai baju macam biasa.

5. Selepas 2 atau 3 hari cuba lihat kesannya.

Aku dah cuba, hari pertama aku cuba sendiri, balik kerja aku buka baju…macam dah kurang bau tu. Kalau tak, memang aku sendiri pun rasa semacam.

Hari kedua, aku try lagi, dan aku minta wife aku yang ciumkan, katanya..eh eh…dah takde…aku cium sendiri pun dah takde.

Cuma bau haruman semulajadi daripada batu Kilistone ini sahaja yang korang akan bau.

Alhamdulillah..memang produk ini sangat bagus bagi mereka yang mencari penyelesaian masalah bau badan.

Kalau ada suami atau isteri yang ada masalah bau badan ni, boleh cuba dapatkan Kilistone ini dengan harga yang sangat berpatutan. Nak tunggu batu tu habis, rasanya mungkin lama.

Bukan macam pakai sabun, mungkin sebulan…dah habis..kena beli baru…

Batu ni kalau korang tengok sendiri, macam kristal..cara penggunaan dan juga penjagaan batu ni pun mudah je. Bekas dah disediakan. Cantik dan molek je bekasnya tu. Simpan je dalam almari solek atau nak bawa travel pun senang je.

Berapa Harga Kilistone ni?

Promosi terhad untuk 10 orang buat masa ni cuma RM60.00 termasuk penghantaran di Semenanjung Malaysia sahaja.

Boleh Whatsapp order Kilistone di talian 016-5519760 dengan kod ‘Kilistone101’

Kalendar Peperiksaan MUET Tahun 2017
Beli Perabot Murah Dari China

16 Comments

  1. rujukan February 22, 2017
    • reez February 22, 2017
  2. dedauncomel.com February 17, 2017
    • reez February 17, 2017
  3. raihanah ahmad February 17, 2017
    • reez February 17, 2017
  4. saps ibubapa February 15, 2017
  5. zara February 15, 2017
    • reez February 15, 2017
  6. Perawat Islam February 13, 2017
    • reez February 13, 2017
  7. Bahrain February 12, 2017
    • reez February 13, 2017
  8. Elih Japahar February 12, 2017
    • reez February 13, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.