Rahsia Ambil Gambar Waktu Malam Menggunakan Handphone

Pernah tak korang nak ambil gambar di waktu malam menggunakan telefon atau phablet korang tu? Kompem pernah bukan ye tak? Tapi biasanya apa yang korang akan buat untuk snap gambar korang? Dah tentu korang on flash kan untuk dapatkan gambar korang tu. Tapi korang cuba nak tonjolkan permandangan dibelakang tu dan pada masa yang sama korang nakkan juga gambar permandangan belakang tu kan?

Teknik Ambil Gambar Guna Handphone Waktu Malam

Dalam istilah fotografi, ini dipanggil ‘direct flash’ iaitu kalau korang menggunakan DSLR, korang halakan terus speedlight tu ke arah subjek dan korang akan dapat gambar yang korang rasa jelas dan terang. Trik ni aku kasi kat korang kalau korang nak tangkap gambar bersama rakan korang diwaktu malam, sebenarnya kalau nak buat waktu siang pun boleh..nanti aku ceritakan masa bila yang sesuai kalau nak tangkap.

Kalau korang tengok contoh gambar kat atas tu, itu merupakan contoh aku tangkap gambar menggunakan teknik ini. Subjek masih nampak clear dan juga background dan lampu-lampu dibelakang  masih lagi nampak effectnya. Telefon aku agak murah, so mungkin agak noise disitu kan. So kalau korang nak tahu caranya..jom aku kongsikan, mana tahu korang boleh try..

Rahsia Tangkap Gambar Waktu Malam Menggunakan Handphone

1.Teknik ni memerlukan korang mempunya telefon yang mempunyai flash sahaja. Syaratnya korang kena on kan spotlight, korang boleh download apps torchlight kat Apps Store ataupun Google Playstore tu dan pastikan telefon korang keluarkan cahaya seperti torch light..warna putih lebih baik..:D

2.Mintak kawan korang sorang tolong pegangkan handphone korang tu dan halakan light tu lebih kurang 45 darjah atau 60 darjah sudut pandang. Iaitu korang kena pastikan light tersebut berada di atas subjek dalam jarak yang mana cahaya tersebut boleh sampai.

3.Kalau rasa gelap, korang boleh dekatkan lagi cahaya tu ataupun korang tambah lagi cahaya dengan mintak lagi satu phone untuk backup. 😀

4.Kemudian korang try snap dan tengok hasilnya berbanding kalau korang shoot direct flash. Cara ini lebih kurang cara strobist, sebabnya korang tak gunakan direct light..menggunakan sumber cahaya yang lain dan dari sudut yang berbeza akan memberikan effect yang amat berbeza. Kalau korang tak caya, cubalah sendiri.

Teknik ni lagi best kalau ada background yang lebih warna warni, sebabnya korang boleh dapatkan efek lampu tu dengan lagi best dan lebih dramatik berbanding kalau korang menggunakan direct flash. Korang tak payah ada DSLR untuk buat gambar yang cantik. Konsep mengenai bagaimana cahaya itu dicerap lebih penting, tak kisah korang menggunakan dSLR ataupun kamera handphone sekalipun.

Lupa nak cakap, kalau waktu siang pun boleh sebenarnya..kalau tempat korang tu agak gelap, dan juga korang berada dibawah pokok-pokok dan ada cahaya yang membuatkan muka korang jadi berbelang-belang nanti..gunakan teknik yang sama juga..insyallah akan ok..:D

Kalau ada memang blogger yang dah buat tu, cuba tengok sikit gambar hasilnya..ehehe..Selamat Mencuba!

p/s: tengah sibuk edit album yang berderet ni..fuh…susah sikit nak tulis blog ni…aiyo..

Talent Photoshoot Waktu Petang
Tutorial Menggunakan Wireless Remote - Nikon

17 Comments

  1. Johan March 18, 2014
  2. Tengku Syukri February 27, 2014
  3. Hafiz Rahim February 21, 2014
    • reez February 21, 2014
  4. faizul February 18, 2014
    • reez February 18, 2014
  5. Faizal Fredley February 18, 2014
    • reez February 18, 2014
  6. akubiomed February 18, 2014
    • reez February 18, 2014
  7. Sop February 18, 2014
    • reez February 18, 2014
  8. MK Kimi February 17, 2014
    • reez February 18, 2014
      • Mus February 18, 2014
        • reez February 18, 2014
  9. Fadhil Husin February 17, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.