Sepetang Bersama Blogger 2014 Selesai

Apa yang didebarkan telah pun selesai. Memang aku amat berdebar nak datang ke majlis ni. Sebabnya aku tak banyak kenal orang. Mungkin ada sesetengah tu aku amat kenal di dunia sosial, tapi bila jumpa realiti…aku plak jadi gugup nak tegur..Tambah-tambah plak gadis-gadis comel kat situ. Contoh paling aku rasa terkesima….gadis comel Muja ni…fuh…mata aku duk cari dia je..sekali nampak..waaaa….comey gewe Kelate ni weh…huk alo…:P

gambar-sbb2014 gambar-sbb2014

Post ini aku tulis secara ringkas dulu sebelum post-post bersiri seterusnya yang bakal aku tulis nanti secara detail. Dalam post ni aku tulis secara keseluruhan tentang event yang amat best ini.

Tarikh keramat 8 Mac 2014memang satu detik sejarah yang sudah tercatat untuk ramai blogger di Malaysia ini. Tempat di mana berkumpulnya blogger-blogger dari serata pelusuk negara dan juga dari Asia Tenggara. Aku memang amat menunggu saat dan ketika ini setelah sekian lama. Walau aku pernah juga pergi ke Gathering Forum Wangcyber, tapi situ kebanyakannya ramai Internet Marketer dan juga blogger, tapi kini lebih santai dan aku sebagai blogger, memang amat teringin nak jumpa blogger-blogger yang pernah bertegur sapa di SBB2014 ni.

Sponsor utama Yeo’s Malaysia memberikan kenangan bermakna bagi SBB2014 memang amat menggembirakan ramai yang hadir di sana. Mana taknya, kembung semuanya dapat minum air Yeos yang semuanya sedap..Black Soy Yeos, juga Teh Yeos tu..cukup membuatkan perut kembung macam BroFramestone..ehehe..

 Apa Tujuan Utama Aku Ke SBB2014?

Tujuan paling utama tak lain dan tak bukan adalah untuk mengembangkan network blogging aku dan secara tak langsung mengembangkan lagi perkenalan dunia blogging ni. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta ye tak? Makcik Akma Omar, Mamat Hensem Selalu Kena Kepit Azuan Razi, antara dua blogger yang memang aku nak jumpa sangat. Aku ingatkan Azuan Razi ni mukanya macam pakcik-pakcik gitu dan bro Hasrul Hassan ni nampak muda remaja lagi..sekali…terbalik..ahahaha.

Azuan Razi nampak sangat lelaki di samping Akma Omar, tak nak lepas ke sana ke sini..ahaha..aiseh..dah macam tulis post gosip plak dah kan? Tetttt…

Ok, back to the tujuan…ye itulah tujuan aku sebarkan kad nama aku tu..Memang aku tak sempat nak bertegur sapa dengan ramai blogger lain kerana aku bukannya orang yang mampu nak tegur orang sangat first time berjumpa, kecuali aku pernah nampak muka dia di blog. Kalau ada pun,mungkin aku agak lupa gitu.

Apa Lagi Yang Aku Dapat?

Perkongsian pengalaman dikalangan blogger, sememangnya amat berharga bagi blogger-blogger baru. Perkongsian Kak Red, bro HazmanFadzil, memang sangat mengujakan ramai blogger. Tapi bagi aku semua tu masih lagi info-info yang basic..takde plak sesi soal menyoal…kalau tak, nak juga tahu beberapa tips yang hidden tu..ahaha.

Dapat jumpa walau sekejap memang satu kenangan bermakna. Melastik Bintang, Shakiddo, Bonikacak, 3 retis tu memang aku dah jumpa sebelum ni masa depa datang Ipoh haritu..:D Kenangan tu memang sukar nak dapat dimana-mana. Selain hadiah-hadiah lumayan yang depa menang, memang agak terasa jeles disitu tengok kekawan menang iPhone, menang handphone Lenovo, menang handphone Motorola dan memacam lagi lah kan..Tapi rezeki Allah yang tentukan, memang itu rezeki mereka, belum masanya untuk aku tu..:D

Secara keseluruhannya, TAHNIAH aku ucapkan kepada team Denaihati Network yang telah berjaya mengadakan event yang sebegini besar dan sudah tentu penat lelah sebelum majlis ini berlangsung terbayar dengan kepuasan dihati dan juga perasaan blogger-blogger yang lain. Memang banyak perkara yang mungkin mustahil kalau tiada kerjasama yang kuat daripada Team Denaihati Network. SYABAS aku ucapkan dan semoga next event aku dapat join..dengar cite bulan Mei nanti..Insyallah

Insyallah next post aku akan cerita secara detail perjalanan aku ke sana tu macam mana….mesti best kan? Aku tersesat sampai ke negara EGYPT..haha..:D

Kredit gambar : AzwanAnuar

Kisah Perjalanan Ke Sepetang Bersama Blogger 2014 Part 1
Bersama Blogger - Bluedianthus

36 Comments

  1. Khairil Mazri April 3, 2014
  2. Lobam March 14, 2014
  3. hannyabdullah March 11, 2014
    • reez March 11, 2014
  4. ajumohit March 10, 2014
  5. titan March 10, 2014
    • reez March 10, 2014
  6. hazman aka species1980 March 10, 2014
    • reez March 10, 2014
  7. eyriqazz March 10, 2014
    • reez March 10, 2014
  8. ejam March 10, 2014
    • reez March 10, 2014
  9. abdfatah March 10, 2014
  10. Azuan Razi March 10, 2014
    • reez March 10, 2014
  11. reez March 10, 2014
  12. reez March 10, 2014
  13. Mohd Shubhi March 9, 2014
    • reez March 10, 2014
      • Mohd Shubhi March 10, 2014
        • reez March 10, 2014
  14. akubiomed March 9, 2014
    • reez March 9, 2014
  15. hafizmd March 9, 2014
    • reez March 9, 2014
  16. Pendekar Berkuda March 9, 2014
    • reez March 9, 2014
      • Pendekar Berkuda March 10, 2014
        • reez March 10, 2014
  17. akuzle ayu March 9, 2014
    • reez March 9, 2014
  18. azwan March 9, 2014
    • reez March 9, 2014
  19. Bahrain March 9, 2014
    • reez March 9, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.