Simpan Gambar Dalam Phone Guna OTG Flash Drive

Simpan gambar banyak-banyak dalam phone, lepas tu phone storage penuh. Nak buang gambar yang ditangkap tu, sayang pulak kan.

Sebenarnya OTG Flash Drive ni dah lama juga diperkenalkan. Mungkin tak ramai yang gunakan sebab mungkin storage phone tu macam besar sangat. Phone sekarang pun banyak yang dah storage besar-besar belaka sampai 256GB pun ada.

Sekali nak snap gambar, satu hari korang tak boleh nak snap disebabkan memori sudah full. Nak buang gambar dalam phone, ada banyak gambar memori yang belum korang simpan dan mungkin belum di upload.

Jadi OTG Flash Drive ni boleh selesaikan masalah korang tu.

Caranya korang boleh cucuk je OTG Flash Drive ni terus ke phone korang, dan copy je semua gambar yang ada tu dalam OTG Flash Drive ni. Macam transfer gambar dalam pendrive tu kan.

OTG Flash Drive

Ada banyak pilihan storage korang boleh dapatkan. Macam pendrive juga. Bermula daripada 8GB sehingga 1TB storage korang boleh pilih. Harga pun bukan mahal sangat pun dan apa yang bestnya OTG ni kecil je. Boleh masuk dalam poket.

Klik Untuk Dapatkan OTG Flash Drive Versi Android

Bila-bila masa je korang boleh transfer semua gambar-gambar yang penting tu dalam OTG Flash Drive ni. Tak payah risau kalau gambar hilang. Ada backup dalam pendrive ni kan. Kalau gunakan pendrive betul, memang tak dapat le nak cucuk ke phone.

OTG Flash Drive

OTG Flash Drive Ni Untuk Android je ke?

Bagi pengguna iPhone sebenarnya ada juga OTG Flash Drive ni. Jadi jangan la risau kalau korang tu pakai iPhone, sebab jack iphone kan lain daripada Android.

Korang boleh klik iPhone OTG Flash Drive untuk dapatkan OTG Flash Drive untuk pengguna iOS.

Mahal tak harga OTG Flash Drive?

Harga bergantung kepada jumlah storage yang korang nak beli. Lagi besar, maka lagi mahal harganya. Apa yang lebih bestnya adalah OTG ni fungsinya dua dalam satu. Boleh digunakan sebagai pendrive dan juga OTG phone.

Jadi kalau korang nak guna untuk transfer file dari laptop ke phone pun boleh, takde masalah.

Harga OTG Flash Drive ni paling murah aku tengok dalam lebih kurang RM20++ sehingga RM80++ pun ada. Terpulang kepada bajet korang nak beli yang mana satu.

Boleh pilih sama ada nak versi Android ataupun iOS melalui link di bawah. Setakat ni aku pakai, memang best. Semua gambar yang dekat 10K dalam phone tu, dah selama disave dalam storage OTG ni.

OTG Flash Drive Android

OTG Flash Drive iOS

Clear dah memori phone, boleh tangkap banyak gambar lagi..haha..

8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8

12 Comments

  1. Wanz Cop Baju May 6, 2017
  2. Amirul.my May 1, 2017
  3. nikkhazami May 1, 2017
  4. Uncle Zuan April 26, 2017
    • reez April 27, 2017
  5. itsolutions April 26, 2017
    • reez April 27, 2017
  6. RAIHANAH AHMAD April 24, 2017
  7. anuar April 23, 2017
  8. titan April 23, 2017
    • reez April 23, 2017
    • olaoli April 28, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.