Terima Kasih Pak Guard!

Orang sibuk Hari Ibu, Hari Guru bagai sibuk je nak terima kasih kat Pak Guard

Bukan apa, sebenarnya aku sangat kagum dengan sorang pak guard yang bagi aku sangat komited dengan tugas beliau. Mungkin aku sendiri tak mampu jadi seperti beliau agaknya.

Apa cerita yang aku sangat berterima kasih dengan pak guard ni?

Kisahnya bermula sewaktu aku sampai lewat ke event SBB2017 baru-baru ini. Aku sangkakan train aku akan sampai lebih kurang pukul 12.30 – 1.00 tengah hari.

Sangkaan aku meleset sama sekali, pukul 1.30 aku sampai di stesen KL Sentral.

Terus naik LRT ke stesen KLCC. Konon terer cari jalan keluar dan nak jalan kaki ke Matic.

Disebabkan berlagak sangat, maka tak jumpa jalan keluar dan terus request Uber untuk ke sana. Lebih kurang 3 minit Uber yang diminta pun sampai dengan caj lebih kurang RM6.00++ sahaja.

Sebuah kereta Axia berwarna biru, seorang apek berseluar pendek menjadi driver Uber pada hari itu. Nak dijadikan cerita tambah best, driver Uber berkenaan pun sesat nak ke sana sedangkan katanya tempat tu dekat je.

Setelah aku turun, rupanya aku turun di belakang bangunan Matic. Sekali lagi berlagak konon tahu jalan menuju ke depan bangunan.

Sangkaan aku silap, jenuh juga nak cari jalan ke depan bangunan tu. Badan aku pun bukan fit sangat..hahaa..

Disebabkan cuaca pun ala-ala hujan menitik manja. Aku cuba untuk request Uber sekali lagi.

Kali ini jejaka menaiki Myvi..lokasi aku adalah berhadapan dengan Shangri La..walaupun sebenarnya aku tak nampak kat mana bangunan Shangri-La tu..

Nak Sangat Buat Uber Cari Duit Poket Lebih Boleh Cuba Kat Sini

Mungkin memang nak bagi aku lambat juga, Uber kali ni tak dapat jumpa aku dimana. Setelah lebih kurang 10 minit berlalu, baru jumpa. Itupun setelah driver Uber berkenaan call aku. Caj Uber kali ini cuma RM2.00++ sahaja.

Kejam kan?

Pemandu Uber kali ini adalah Melayu, sudah berkahwin dan mempunyai anak. Nampak pelekat baby di cermin keretanya.

Setelah sampai bergegas masuk….tapi……

Eh..dimana event SBB kali ni? Tiada tunjuk arah dan juga mungkin gadis-gadis comel yang menunggu untuk pendaftaran kali ini.

Adakah aku dah silap tempat?

Rasanya tidak, sebab aku pernah hadir ke SBB di Saloma Bistro..jadi tak mungkin silap. Tanya kepada penyambut tetamu di situ..katanya di dalam bangunan ini….

Terima Kasih Pak Guard

Aku pun melangkah masuk sekali lagi ke dalam bangunan tu…

Sekali masuk…eh eh..takde pun..kena tipu ni…

Terserempak dengan seorang Pak Guard sedang menulis sesuatu di bukunya..

“Asssalamualaikum bang, tumpang tanya…event Blogger tu kat mana ye??”

Pak Guard jawab…”Oh..kat depan tu..” sambil dia tunjuk ke arah lorong yang nampak jauh tu..

Kebetulan pada masa yang sama masa aku tanya tu Geng Projek Travel baru sampai dan terpinga-pinga juga nak cari tempat..

Nampak macam aku pun blur je..dia terus berjalan menunjukkan arah dimana lokasi sebenarnya event SBB2017 kali ini.

Sampai depan pintu masuk ditunjukkannya. Tak perasan pun ada meja pendaftaran. Selepas dia tunjuk..aku pun salam tangan kasarnya tu ketat-ketat….”Terima kasih banyak-banyak bang!”

Aku pun ke meja pendaftaran dan mendaftar masuk…

Selepas aku salam dengan Pak Guard tu, rasa macam segala keletihan hilang.

Paling rasa best adalah cara pak guard tersebut bersungguh-sungguh menunjukkan arahnya kepada aku dan juga geng Projek Travel yang ikut dari belakang pada masa tu.

Syabas Pak Guard yang bertugas pada hari tu. Aku tak sempat nak selfie bersama-sama beliau disebabkan keadaan yang agak mungkin kelam kabut.

Kalau Pak Guard ada baca blog ni kalau terjumpa..alhamdulillah..aku doakan beliau mendapat rezeki yang lebih lagi dan diberikan kemudahan bagi segala urusan hendaknya..Amin..

p/s: Ini bukan cerita pasal SBB lagi…nak baca lagi tunggu esok..eh..:D

Pengalaman Berkhidmat Di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017
Tutorial Buat Topeng Kertas Zaman Kanak-Kanak

8 Comments

  1. Kassim May 22, 2017
  2. nikkhazami May 22, 2017
  3. Haidar May 22, 2017
  4. Elih Japahar May 18, 2017
  5. RAIHANAH AHMAD May 18, 2017
  6. sabree hussin May 16, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.