Tips Memilih Syarikat Dropship

Syarikat dropship memang merupakan salah satu aset penting bagi peniaga. Bagi mereka yang menggunakan model bisnes jenis dropship ini, sudah tentu memilih syarikat dropship yang terbaik akan melipatgandakan lagi keuntungan mereka dari semasa ke semasa.

Download Lubuk Rahsia Dropship Di Sini

Tetapi adakah cuma keuntungan sahaja yang penting bagi penjual? Ya..betul..tetapi ada juga yang lagi penting dari itu. Servis yang diberikan kepada pelanggan juga penting jika terlibat dalam model bisnes dropship ini. Hubungan dan komunikasi yang baik antara penjual dan pelanggan merupakan faktor penting bagi membolehkan jangka hayat bisnes korang tu akan lebih panjang lagi dan seterusnya berkembang ke satu tahap yang lebih baik dan besar.

Tips Memilih Syarikat Dropship

Syarikat dropship yang terbaik juga membuatkan keuntungan yang bakal dijana daripada hasil jual menjadi lebih baik dan mungkin lebih lumayan dari biasa. Memilih syarikat yang terbaik memang menjadi salah satu sebab meningkatnya dan berkembangnya perniagaan yang diceburi.

Berikut merupakan beberapa tips untuk memilih Syarikat Dropship yang baik hasil pengalaman aku sendiri sewaktu menjalankan perniagaan jenis Dropship..:D

Dalam Atau Luar Negara

Untuk memilih syarikat yang terbaik, terdapat pilihan..sama ada dalam negara atau luar negara. Jika di Malaysia, tak banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan dropship bagi barangan mereka kerana, ada yang masih ragu-ragu dengan model bisnes ini atau mungkin tiada keyakinan terhadap seller-seller yang baru.

Bagi sesetengah syarikat dropship, ada yang mengenakan yuran tertentu sebagai syarat pendaftaran untuk memastikan seller-seller ini mempunyai komitment untuk promote produk mereka supaya tidak dianggap main-main jika diberikan secara percuma.

Antara syarikat dropship yang popular di luar negara adalah seperti DHGate.com, AliExpress.com, Alibaba.com dan banyak lagi..cuma mungkin berbeza-beza harganya mengikut pembekal. Ada yang menjana ribuan ringgit sebulan hanya dengan menggunakan syarikat-syarikat berkenaan sebagai dropshipper.

Syarikat di Malaysia yang aku rasa berbaloi untuk mendaftar adalah EdyMall yang mana sudah semestinya dipercayai dan sudah membantu ramai usahawan IKS yang ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan menggunakan medium Internet.

Cara Penghantaran

Jika korang nak memilih syarikat dropship yang baik. Perkara yang paling penting sekali korang perlu pertimbangkan dan juga lihat adalah cara penghantaran syarikat tersebut. Apakah syarikat yang mereka gunakan untuk menghantar dan adakah mereka memberikan tracking number supaya barang yang dihantar mudah dikesan?

Faktor ini penting kerana ramai pelanggan berasa curiga jika barang yang disampaikan lambat dan mereka akan berasa ditipu jika barang yang dibeli tidak sampai langsung ke tangan mereka apabila sudah membuat bayaran.

Lubuk Rahsia Dropship

Harga Kos

Harga kos memang memainkan peranan penting untuk seller menjana keuntungan. Berapakah nilai keuntungan yang mahu dijana oleh seller? Semuanya bergantung kepada harga kos yang seller ini dapat daripada syarikat dropshipper berkenaan. Bandingkan dengan dua atau tiga syarikat yang lain dan juga seller-seller yang lain. Adakah boleh masuk dalam market dan adakah harga jualan yang bakal diletakkan akan membuatkan barang yang dijual tu akan laris?

Review, Komen, Reputasi

Segala jenis review mengenai syarikat ini perlu juga diambil kira, kena jika tidak ada review mengenai syarikat ini,agak sukar bagi korang hendak menilai syarikat dropship berkenaan. Biasanya bagi sesebuah lama web dropship, korang boleh lihat pada tahun berapakah laman web tersebut ditubuhkan dibahagian bawah sekali web berkenaan. Jika web berkenaan telah wujud lama…cuba cari di Google tentang review apabila menggunakan perkhidmatan mereka..Adakah terbaik atau sebaliknya.

Cuba Dahulu

Jangan terlalu menaruh kepercayaan yang tinggi kepada syarikat berkenaan sepenuhnya apabila kesemua faktor di atas telah diambil kira. Ini kerana, banyak penipuan sebenarnya dilakukan oleh ejen di dalam syarikat dropshipper ini. Jadi harus berhati-hati untuk memilih penjual yang mana satu. Cara terbaik adalah anda cuba dahulu beli satu atau dua barang yang mungkin kosnya tidaklah terlalu mahal dan korang sendiri cuba untuk order dari pembekal berkenaan.

Tunggu barang tersebut sampai dan lihat sendiri kualitinya sebelum sampai kepada korang atau mungkin terus dihantar kepada pelanggan yang telah order tu.

Komunikasi Kepada Seller

Hubungi dulu seller dan bertanyakan soalan-soalan asas kepada beliau. Antaranya adalah seperti….Minimum Order,Berapa lama penghantaran, boleh dapat free sampel ke..atau apa sahaja yang penting…walaupun dah dinyatakan di dalam description..cuba tanya untuk dapatkan kepastian supaya korang lebih konfiden.

Apa Itu Dropship?

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.